Jumaat, 6 November 2015

5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

5 tips petua cara mencantikkan kulit muka - Pasti ramai yang mengimpikan kulit muka yang cantik dan licin berser-seri. Mungkin ada diantaranya yang melakukan pelbagai cara dan mengamalkan pelbagai petua untuk mencantikkan kulit muka, namun hasilnya tidak seberapa.

Vitamin dan produk yang menjanjikan pelbagai janji telah dicuba dan hasilnya tetap sama. Hingga suatu saat anda berputus asa dan kecewa , akan tetapi jangan berputus asa lagi kerana 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka ini mungkin berkesan untuk anda.

Selain itu, ianya murah dan mampu milik serta mesra pengguna. Bahan-bahan yang digunakan pun terdapat dalam senarai penggunaan harian kita. Ini bukannya artikel menjual produk atau bahan kecantikan tetapi ini adalah artikel mengenai tips dan petua tradisional cara mencantikkan kulit muka secara semulajadi.

5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

  • Lemon
  • Tomato
  • Kentang
  • Serbuk teh
  • Air didihan nasi

Baca juga :
- Tips kesihatan menggunakan limau nipis
- Tips & petua cara membina tulang yang sihat
- Tutorial spoiler multitab widget blogspot simple

Lemon : Gunakan perahan jus lemon kemudian sapukan pada wajah biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Tomato : Belah dua buah tomato dan gosokkan pada muka dan leher secara perlahan-lahan. Tomato sangat bagus untuk hilangkan parut. Biar selama setengah jam kemudian cuci dengan air suam.

Kentang : Kupas kentang kemudian potong nipis-nipis dan tampal atau lekapkan pada seluruh muka dan biarkan sampai kering. Amalkan 2 kali seminggu.

Serbuk Teh : Gosokkan Serbuk teh yang telah digunakan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan 5 minit dan kemudian cuci dengan air suam.

Air Didihan Nasi : Ambil air didihan nasi…ketika sedang menggelegak, biarkan sekejap kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilaskan dengan air . Amalkan selalu untuk dapatkan kulit cerah dan licin berseri seperti orang korea.

Itulah ringkasan serba sedikit mengenai 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka. Semoga bermanfaat..
Show comments
Hide comments

2 ulasan

  1. Bagus petua ni...rajin atau malas sahaja...semoga saya berjaya cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... jika nak sesuatu kena ada usaha bru boleh rasa hasilnya... :)

      Padam


Top