Thursday, 30 June 2016

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

10 fakta kebaikan lemon pada manusia - Buah lemon mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Bukan sahaja 5 atau 10 bahkan ianya melebihi 50 kebaikan dan manfaat lemon pada manusia.

Untuk pengetahuan, Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi nama sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. - Wikipedia | Lemon

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

1. Senak dan Sembelit
Jus lemon membantu menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan masalah pencernaan dan sembelit. Tambah beberapa titik lemon pada hidangan anda dan ia akan membantu dalam proses penghadaman.

Ia juga bertindak sebagai pembersih darah dan agen pembersihan, jadi minuman yang baik selepas makan tengahari atau makan malam adalah air lemon segar. Anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah beberapa daun pudina, madu ataupun 'asam boi'.

2. Penjagaan Rambut
Jus lemon telah membuktikan dirinya dalam rawatan penjagaan rambut pada skala yang luas. Ianya dipercayai dan diperakui boleh merawat masalah seperti kelemumur, keguguran rambut dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala bahkan ianya juga boleh menjadikan rambut anda bersinar secara semula jadi.

3. Penjagaan Kulit
Jus lemon boleh digunakan sebagai ubat antiseptik semula jadi dan juga boleh menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit. Jus ini boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada kulit terbakar akibat panas terik matahari serta membantu meredakan kesakitan akibat sengatan lebah.

Ia juga baik untuk jerawat dan ekzema. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan boleh menghilangkan kedutan dan bintik hitam pada muka. Minum jus lemon dicampur dengan air suam dan madu membawa sinar cahaya yang sihat untuk kulit secara semulajadi.

Info kini : 6 khasiat & manfaat jintan manis

4. Menghapus Kesan Terbakar
Jus lemon boleh digunakan untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit. Gosokkan buah lemon di kawasan kesan terbakar, insyAllah ianya akan memudarkan kesan/parut akibat terbakar tersebut.

5. Merawat Pendarahan Dalaman
Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan koagulan, jadi ia boleh menghentikan pendarahan dalaman. Anda boleh menggunakan bebola kapas yang bersih dan rendamkan kedalam air perahan lemon segar dan sumbatkan kedalam hidung anda bagi menghentikan pendarahan hidung.

6. Menurunkan Berat Badan
Jika seseorang minum jus lemon dicampur dengan air suam dan madu secara berkala, ia boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana jus lemon boleh membuang toksin dan panas di dalam badan dengan berkesan hingga menyebabkan peredaran darah dan hormon di dalam badan lebih lancar dan konsisten.

7. Melegakan Gangguan Pernafasan
Lemon yang diperakui kaya dengan sumber vitamin C boleh melegakan masalah pernafasan seperti serangan asma dan hidung tersumbat. Campurkan jus perahan lemon dengan air suam dan minum perlahan-lahan.

8. Melegakan Otot Kaki
Lemon adalah ejen aromatik dan antiseptik dan sangat berguna dalam melegakan otot kaki. Setelah seharian penat bekerja dan memandu, luangkanlah masa sejenak bagi melegakan tekanan pada otot kaki dengan mencampurkan jus lemon kedalam air yang sederhana panas dan rendamkanlah kaki anda di dalamnya selama 30 minit.

Ketahui juga : tips & petua cara membina tulang yang sihat

9. Merawat Jangkitan Tekak
Lemon adalah buah yang sangat baik bagi melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, kerana sifat-sifatnya yang terkenal iaitu anti-bakteria. Masukkan jus lemon dalam menu harian anda jika anda mengalami masalah jangkitan tekak seperti 'kahak' akibat selsema.

10. Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Meminum jus lemon adalah berguna untuk orang yang mengalami masalah jantung, kerana ia mengandungi kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, dan loya, kerana ia menyediakan sensasi menenangkan untuk kedua-dua minda dan badan. Ia biasanya digunakan untuk mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.

>> Dikongsikan oleh organicfacts | health-benefits-of-lemon.

Ini hanyalah sebahagian dari beberapa kebaikan serta manfaat yang boleh kita perolehi dari buah lemon. Selain buah lemon, terdapat juga buah yang lainnya yang mengandungi khasiat dan manfaat yang luar biasa hebatnya. 'Hendak seribu daya, taknak seribu dalih', apa yang penting adalah usaha dan keinginan untuk mencari dan mengetahui - 10 fakta kebaikan lemon pada manusia
Show comments
Hide comments

0 comments:

Post a Comment


Top