Ahad, 24 Julai 2016

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun | Dewasa kini, ramai yang ingin memiliki rambut yang kelihatan anggun dan segar bermaya. Terdapat juga yang mendambakan memiliki rambut berseri-seri dan bersinar seperti artis hollywood.

Selain menjaga kesihatan rambut menggunakan cara moden, ada juga di antara individu yang gemar menjaga kesihatan rambut mereka dengan cara tradisional.

Selain menjimatkan masa ia juga mudah untuk dilakukan. Bahkan, ianya lebih murah berbanding membuat rawatan di pusat kecantikan. Ketahui teknik mudah 'rambut glamor' berseri-seri serta bersinar anggun dengan kos yang rendah.

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun


Minyak zaitun
Kamu juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Caranya, kamu hanya perlu lumurkan minyak zaitun sebelum tidur. Keesokkan harinya, bilas rambut kamu seperti biasa.

Ketahui : tips & petua cara membina tulang yang kuat

Telur
Bagi yang mempunyai rambut kusut dan kering, kamu boleh mengambil manfaat yang terdapat melalui telur ayam. Ambil kuningnya sahaja dan campurkan bersama minyak kelapa dan madu. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas serta shampoo seperti biasa.

Limau purut
Limau purut juga boleh digunakan khusus untuk kamu yang mengalami masalah kelemumur. Ambil beberapa biji limau purut dan belah kepada dua bahagian. Kemudian gosokkan limau purut pada kulit kepala. Lakukan proses ini beberapa kali dalam seminggu.

Meskipun kamu akan mengalami rasa pedih, namun ia dikatakan ccukup berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur yang dialami ketika itu.

Daun lidah buaya
Selain daun bunga raya yang sedia diketahui mampu melebatkan rambut, daun lidah buaya juga mampu untuk mengatasi masalah keguguran rambut khususnya rambut yang panjang.

Caranya, ramaskan daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir (alovera) dan kemudian lumur pada rambut selama satu hingga dua jam. Lakukan proses tersebut dalam seminggu. Kamu akan lihat perubahan yang menarik!

Petua tradisional : tips petua cara menghilangkan bau badan secara semulajadi

Mayones
Selain sering digunakan di dalam sajian makanan, mayones turut membantu melembapkan rambut. Caranya, sapukan mayones pada rambut dan biarkan ia selama 20 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

Kini, rambut lebat bersinar hitam yang anggun bukanlah satu perkara yang mustahil lagi. Amalkan teknik rahsia ini dengan kos yang rendah : 5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top