Rabu, 24 Oktober 2018

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Punca penyakit asma & Cara mengatasi - Asma/ Asthma/ Lelah merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu sukar untuk bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi.

Penyakit asma pada kanak-kanak merupakan salah satu penyakit kronik jangka panjang yang memberi kesan serta berkait rapat kepada fungsi paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma juga akan cepat menjadi letih dan tidak boleh terlalu aktif semasa melakukan aktiviti bersifat fizikal.

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Apa itu penyakit Asma/ Asthma/ Lelah


Asma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi.

Peringkat kedua asma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.

Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.

Penyakit asma menyebabkan batuk yang kuat dan beterusan kepada kanak-kanak. Batuk ini biasanya menjadi lebih teruk pada waktu tengah malam dan di awal pagi.

Baca juga : Tips petua cara membina tulang yang sihat

Punca terjadinya Asma/ Asthma/ Lelah

  • Alahan kepada sesetengah jenis makanan.
  • Habuk, hama dan bulu binatang.
  • Perubahan cuaca yang tidak menentu.
  • Masalah jerebu yang teruk.
  • Jjangkitan kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection).
  • Kerap terdedah kepada asap rokok.
  • Keturunan salasilah keluarga.

Tanda-tanda penyakit Asma/ Asthma/ Lelah

  • Batuk berpanjangan pada malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan serta sakit dada.
  • Kesukaran untuk bernafas ketika menjalani aktiviti harian.
  • Sering tercungap-cungap apabila bercakap.
  • Berasa lesu/letih sentiasa.
  • Kurang selera makan.

Info menarik : Rahsia cara mengatasi punca jerawat di muka kini terbongkar

Cara mengatasi masalah Asma/ Asthma/ Lelah

  • Menjauhi faktor-faktor penyebab asthma.
  • Ambil tahu penggunaan inhaler.
  • Bertindak dengan pantas dan tidak berlengah.
  • Minta pendapat dari orang ketiga seperti doktor/ahli perubatan.

PERINGATAN: Simpan inhaler di tempat yang mudah dicari ketika berlaku kecemasan dan pastikan juga bekalan ubatan sentiasa mencukupi, dalam keadaan baik serta belum tamat tempoh.

Kesan menghidapi Asma/ Asthma/ Lelah

Antara tanda mudah mengesan penyakit asma pada kanak-kanak adalah batuk yang tidak henti-henti walaupun telah diberikan minum ubat batuk. Batuk yang berpanjangan ini jika dibiarkan oleh ibu bapa boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru terutamanya apabila kahak mula terhasil.

Hal ini sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan tersumbatnya sistem saluran paru-paru. Ibubapa atau penjaga ditegaskan untuk segera membawa anak ke hospital bagi berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan serta tindakan rawatan susulan.

Info lanjut boleh kunjungi website ini momma-nutrition | penyakit-asma-pada-kanak-kanak.

Top