Memaparkan catatan dengan label ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibubapa. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Oktober 2019

Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak

Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak | Penggunaan alatan gajet terhadap anak-anak menjadi satu trend pada masa kini. Bukan hanya anak-anak diberikan alatan gajet malah bayi seusia 0 hingga 2 tahun turut didedahkan dengan pengunaan gajet.

Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak

Sebuah laman rasmi sosial digelar Public Health Malaysia telah berkongsi, Jika anda ada anak yang berusia 2 tahun ke bawah, jangan rosakkan mereka dengan NODA gadget. Ini kerana ianya boleh memberi gangguan masalah pertuturan & hubungan sosial mereka kelak.

Kajian telah membuktikan bahawa pendedahan skrin gadget menyebabkan gangguan perkembangan skill pertuturan dan hubungan sosial anak-anak. Hanya panggilan video sahaja dibenarkan untuk anak-anak bawah 2 tahun Kerana ia mempunyai komunikasi 2 hala.

Ramai ibu bapa teruja ketika kali pertama si kecil mula bercakap. Walaupun agak pelat dan menggunakan beberapa patah perkataan saja, ia cukup menggembirakan hati ibu bapa.

Menurut 'pakar kanak-kanak Wiess, Gordon dan Lillywhite (1987)', apabila kanak-kanak genap usia dua tahun, sepatutnya mereka mempunyai jumlah bilangan kosa kata sekurang-kurangnya 200 patah perkataan. Namun bagi kanak-kanak berusia dua tahun yang masih tidak bercakap, ini adalah tanda serangan awal kepada masalah pertuturan.

Bahaya serta kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak


Beberapa tahun dahulu, kita semua mengalami era di mana ‘Bibik/Nenek menggantikan Ibubapa’ dalam proses pembesaran anak-anak. Kini, fenomenanya agak berbeza sedikit. Fenomena yang menimpa bukan sahaja pada masyarakat di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara, di mana ‘Gajet menggantikan Bibik/Nenek/Ibubapa’.

Ramai yang mengakui, senang jika ada Ipad ataupun Handphone tambahan, sebab ianya memudahkan mereka melakukan sebarang kerja yang hendak dilaksanakan. Mudah juga bagi mereka mengawal tingkah laku anak jika berada di rumah kawan sebagai contoh, ataupun di kedai makan.

Tetapi, ramai yang tidak sedar, kesan yang boleh memudaratkan anak-anak kecil ini. Adakah anda tahu, bahawa rangsangan yang berlebihan dari penggunaan gajet ini boleh mengecutkan otak anak anda, terutamanya kanak-kanak yang berumur bawah 3 tahun ? Gajet yang dimaksudkan ini juga termasuklah penggunaan televisyen dan pemain media di kereta.

Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy, Sungai Petani, Kedah, Izyan Atika Abu Bakar berkata, sebaik saja ibu bapa merasakan anaknya tidak bercakap seperti rakan sebaya yang lain apabila mencecah usia dua tahun, mereka seharusnya berjumpa pakar terapi pertuturan untuk mendapatkan nasihat perkembangan anak dan membuat penilaian mengenai langkah dan cara mengatasinya.

Ini kerana sepanjang mengendalikan kes kanak-kanak berusia dua tahun, ada yang langsung tidak bercakap atau penguasaan mereka amat terhad iaitu kurang daripada 20 patah perkataan.

Ada pula ibu bapa memberitahu anak mereka boleh bercakap, tetapi tidak difahami butirannya iaitu bercakap dalam bahasa ‘Alien’. Ada juga yang awalnya boleh menyebut perkataan ‘nak’, ‘mama’ atau ‘kakak’, namun kemahiran tersebut lama kelamaan hilang begitu saja.

Malah si anak kecil ini juga bijak bermain permainan dalam gajet tablet serta tahu membuka aplikasi YouTube dan video kartun. Hanya sekali lihat, mereka ingat dimana harus ditekan. Ini menunjukkan bahawa anak kecil ini sebenarnya bijak, terpulang bagaimana untuk kita membentuk, mencorak dan mendidiknya.

Anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, pertuturan, skill membaca dan ingatan memori jangka pendek mereka. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu kualiti tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Info kesihatan mengenai :
1. kebaikan susu ibu kepada idu serta anak bayi
2. punca penyakt asma & cara mengatasi

Daya tumpuan antara kemahiran penting bagi si comel menguasai pertuturan bahasa. Televisyen dan alatan gajet ini sebenarnya tidak membabitkan komunikasi dua hala, Maka ianya tidak melatih kanak-kanak tersebut untuk berinteraksi.

Selain itu, terdapat juga rancangan TV yang tidak bersuara, tetapi hanya menunjukkan pergerakan dan muzik saja seperti 'Came&Lion' dan juga 'Larva'. Memang kanak-kanak akan menari berjoget dan mengikut aksi-aksi seperti di dalam televisyen dengan gembiranya. Apabila melihat anak berjoget dan bertepuk tangan di depan televisyen, ibu bapa rasa seronok kerana merasakan anak mereka seorang yang aktif dan pintar tanpa menyedari apa yang dilakukan oleh anak itu sebenanrnya tidak memberikan tindak balas secara verbal (komunikasi 2 hala).

Buat pengetahuan ibu bapa semua, 3 tahun pertama pertumbuhan otak anak adalah sangat penting kerana saiz otak adalah dua pertiga saiz otak orang dewasa. Jika anak-anak mengalami masalah kurangnya stimulasi sensori terhadap otak mereka, maka sangatlah rugi besar bila mana sel-sel otak tersebut mati begitu sahaja.

Sebelum anda salah faham, permasalahan ini bukanlah pada apa yang anak-anak lakukan sewaktu menonton televisyen atau sewaktu bermain gajet, tetapi apa yang mereka TIDAK LAKUKAN sewaktu dalam proses tersebut, yang mungkin berjam-jam lamanya (jika tidak dikawal dengan baik). Perkembangan anak-anak adalah berlandaskan pada bagaimana aktifnya mereka berinteraksi dengan ibubapa atau penjaga dan juga sebanyak mana mereka melihat interaksi ini berlaku. Menonton televisyen atau bermain gajet hanya melibatkan efek 2D yang bukan realiti.

Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak 1

Kajian ada melaporkan, kebiasaannya, ibubapa akan bercakap dalam 940 patah perkataan per jam apabila anak-anak ada bersama mereka. Itupun jika ibubapa tersebut prihatin dan rajin bersembang. Apabila TV di pasang, bilangan patah perkataan ini jatuh hingga ke 770 per jam. Semakin kurang perkataan yang di sebut, semakin kuranglah pembelajaran perkataan baru. Semakin kurang jugalah kosa kata yang boleh disimpan dalam database otak anak kita. Antara sebab ramai anak-anak yang lambat bercakap juga adalah di sebabkan oleh kurangnya perbualan antara ibubapa dan anak-anak.

Kesan buruk serta dampak negatif penggunaan gajet terhadap tumbesaran anak


1.Gejala ketagihan.

Benda pertama yang boleh kita nampak dari pendedahan tanpa kawalan terhadap gajet pada kanak kanak ialah gejala ketagihan. Ya, mungkin kita rasa sifat kanak kanak itu menangis meronta apabila benda yang dia nak tak dipenuhi adalah normal. Tapi jika setiap hari amukan terjadi, bermakna anak anda sudah ketagihan.

Apabila ketagihan sudah membelenggu anak anda, maka anak anda kini sudah berada didalam dunianya sendiri dan mengganggap gajet adalah kawan baiknya. Bermula dari sinilah pelbagai kesan buruk akan timbul.

2. Bersifat ganas.

Dari sudut perkembangan kognitif, kekerapan bermain gajet akan mencipta dunia khayalan yang serba pantas dan canggih. Permainan yang disediakan di gajet juga memperlihatkan aksi aksi yang ganas dan tidak sesuai seperti memukul, menghentak, membaling dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa kanak kanak berusia bawah enam tahun masih belum boleh membezakan diantara dunia nyata dan alam maya mahupun khayalan. Mereka ingat bahawa segalanya adalah nyata. Aksi aksi ganas dan tidak sesuai pada peringkat usia mereka ini boleh menyebabkan mereka mentafsir ianya adalah perkara biasa dan normal untuk dilakukan.

Takut tak ? Itu baru 2 kesan buruk gajet, ada 3 lagi tapi sebelum tu baca ni bagaimana tubuh kita menghadapi stress & cara mengatasi dan juga ini 5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun.

3. Kurang sabar.

Kanak kanak yang ketagihan gajet juga dikatakan mempunyai tahap kesabaran yang rendah. Bagi sesetengah situasi yang memerlukan mereka untuk bersabar, duduk diam dan mendengar akan menjadi satu tekanan pada mereka. Mereka tidak betah untuk memberi tumpuan mahupun untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan fokus.

Bagi kanak kanak yang berusia bawah 6 tahun, mereka akan melepaskan kemarahan terhadap sesuatu yang menguji kesabaran mereka. Seperti apabila bateri gajet habis, mereka akan menangis, menghempas dan membaling gajet atau barang berhampiran dengan mereka. Mereka tidak boleh menahan sabar atas perkara perkara yang membuatkan mereka menunggu.

4. Tahap komunikasi bahasa yang rendah.

Satu lagi kesan buruk yang sering dihadapi oleh kanak kanak yang ketagihan gajet dan boleh memberi kesan terhadap masa depan mereka ialah tahap komunikasi mereka yang rendah. Kanak kanak seperti ini hanya menjadikan gajet sebagai teman mereka dan tiada hubungan komunikasi 2 hala yang berlaku.

Mereka mudah mengikut apa yang mereka lihat walaupun tidak tahu sekiranya ia betul ataupun salah kerana komunikasi 2 hala tidak berlaku, hanya komunikasi sehala saja yang terjadi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kanak kanak lambat bercakap, tidak mahu berbual, tidak mahu berkawan, dan sukar untuk menyampaikan apa yang mereka fikir atau rasakan.

5. Kemahiran motor kasar dan halus terbantut.

Dari sudut perkembangan saraf motor dan sensori pula, ketagihan gajet memyebabkan anak-anak ini mempunyai tahap perkembangan motor kasar dan motor halus yang rendah. Mereka akan kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga tidak suka explore benda baru seperti kanak kanak normal.

Aktiviti aktiviti lasak seperti mengayuh basikal, bermain bola, memanjat, melompat akan mereka hindari menyebabkan mereka kurang cergas dan bertenaga.

Aktiviti motor halus pula seperti memulas tombol pintu, membuka penutup botol, memegang pensil, mengoyak kertas, dan menulis akan menjadi satu perkara yang menyukarkan buat mereka. Sering terjadi perkara seperti ini hinggakan masyarakat melabel anak-anak ini 'anak manja', terlalu dimanjakan ibubapa walhal hakikatnya...?

Kesimpulan bahaya serta kesan buruk gajet terhadap anak


Jadi betullah kata-kata “you are what you eat” maka, apa yang berlaku adalah “otak anak-anak anda adalah sebagaimana apa yang dipaparkan pada mereka“.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menyalahkan teknik keibubapaan kita, tetapi untuk kita sama-sama fikirkan cara agar luka jahitan bersalin cepat sembuh cara yang boleh kita perbaiki untuk membantu rangsangan positif pada anak-anak. Bukan tidak boleh menggunakan gajet atau menonton televisyen, tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa bersama anak-anak dan berkomunikasi dengan mereka untuk menstimulasikan saraf otak mereka.

Gajet atau televisyen bukanlah babysitter buat anak-anak anda. Adalah tidak adil jika anda menyalahgunakan teknologi masa kini dengan cara ini. Rata-rata kajian mengesyorkan kurang dari 2 jam pendedahan pada gajet atau televisyen setiap hari bagi menyeimbangkan pertumbuhan otak anak-anak anda.

Adalah lebih baik jika anak anda yang berumur bawah 3 tahun kebawah, langsung tidak didedahkan dengan gajet - Bahaya dan kesan buruk penggunaan gajet kepada tumbesaran anak.

Search Terms
bahaya gajet kepada kanak kanak
bahaya gadget untuk kanak-kanak
kesan gajet kepada mata
kesan gajet kepada anak
kesan gajet kepada keluarga
kesan gajet kepada kehidupan manusia
kesan gajet kepada kanak kanak
kesan gajet kepada masyarakat
kesan gajet kepada kesihatan
kesan gajet kepada remaja
karangan kesan stronguruk gajet
kesan negatif gadget elektronik
kesan positif gadget
kesan penyalahgunaan gadget
kesan stronguruk penggunaan gadget
kesan negatif penggunaan gadget
kesan aplikasi gajet komunikasi elektronik

Sabtu, 16 Mac 2019

Kebaikan susu ibu kepada ibu dan anak bayi

Kebaikan susu ibu kepada ibu dan anak bayi - Dewasa ini, membuat persediaan bagi menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang menggembirakan serta membuat anda menjadi lebih sibuk. Sebelum mengambil sebarang keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, pertimbangkan mengenai penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada si ibu serta anak.

Kebaikan susu ibu kepada ibu dan anak bayi

Jangan abaikan hal ini, tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Anak Bayi

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Panduan ibu hamil mengenai 3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu Bersalin

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Keluarga Tersebut

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Video Lisa Surihani berkongsi cara pengendalian susu ibu bagi memudahkan pengurusan para ibubapa

Bagi mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Info lanjut boleh baca dekat website ini myhealth | kebaikan-susu-ibu

Khamis, 14 Mac 2019

3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung

3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung - Buah delima merupakan salah satu buah yang cukup terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik untuk tubuh badan kita. Banyak khasiat buah delima boleh dimanfaatkan terutama sekali untuk ibu mengandung.

3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung

3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung

  • Membantu Peredaran Darah
  • Kaya Dengan Vitamin C
  • Kaya Dengan Antioksidan
  • Baik Untuk Kulit
  • Merawat Keguguran Rambut
'ms.wikipedia.org/wiki/Delima' mentafsirkan bahawa - Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba.

Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Pokok delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Pokok delima kini ditanam di sebahagian kawasan California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari. Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei.

Buah delima telah banyak diperihalkan dalam beberapa teks-teks / kitab-kitab keagamaan, antaranya Kitab Keluaran dalam Perjanjian Lama, Homeric Hymns dan Al-Quran. sejak tahun-tahun kebelakangan ini, buah delima dilihat telah mencapai permintaan yang memberangsangkan khususnya untuk jualan dalam pasaran komersial

Baca juga : Rahsia minyak wangi tahan lama

1, Membantu Peredaran Darah.
Buah delima mengandungi Phytochemical Compounds yang bagus untuk jantung. Ia juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, sesuai bagi ibu hamil yang berada di peringkat akhir kehamilan atau menghidap darah tinggi ketika hamil.

2, Kaya Dengan Vitamin C.
Buah delima sangat kaya dengan vitamin c. Ketika peringkat kehamilan, badan anda memerlukan banyak vitamin c saat membesarkan anak dalam kandungan.
Kajian menunjukkan buah delima memberi impak kesan positif ke atas kesihatan tulang, amat sesuai untuk tumbesaran bayi.

3, Kaya Dengan Antioksidan.
Buah delima mengandungi lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan buah anggur. Proses Antioksidan menstabilkan radikal bebas dalam tubuh badan. Radikal bebas ini amat bahay kerana boleh merosakkan sel dalam tubuh.

Info menarik : Rahsia cara mengatasi punca jerawat di muka kini terbongkar

Khasiat tambahan buah delima untuk ibu hamil - Bonus!

1, Baik Untuk Kulit.
Kebanyakkan produk penjagaan kulit mengandungi jus delima sebagai ramuannya. Hal ini disebabkan Khasiat buah delima membantu dalam melembabkan kulit, mengurangkan jerawat dan menggalakkan pertumbuhan semula sel baru yang sihat.

2, Merawat Keguguran Rambut.
Mengambil buah/jus delima secara berkala mampu menguatkan akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran rambut ketika peringkat kehamilan yang sering dihidapi bagi sesetengah ibu hamil.

Buah atau Jus Delima tidak boleh diambil sekiranya Selsema, Batuk, Cirit Birit atau penyakit berkaitan.

Buah/jus delima boleh mengganggu kesan beberapa ubat. Terutamanya ubat kolestrol.

Info lanjut boleh kunjungi website ini sinarMY | 10-khasiat-dan-kelebihan-buah-delima

Jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan dekat Facebook yer ....

Rabu, 24 Oktober 2018

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Punca penyakit asma & Cara mengatasi - Asma/ Asthma/ Lelah merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu sukar untuk bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi.

Penyakit asma pada kanak-kanak merupakan salah satu penyakit kronik jangka panjang yang memberi kesan serta berkait rapat kepada fungsi paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma juga akan cepat menjadi letih dan tidak boleh terlalu aktif semasa melakukan aktiviti bersifat fizikal.

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Apa itu penyakit Asma/ Asthma/ Lelah


Asma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi.

Peringkat kedua asma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.

Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.

Penyakit asma menyebabkan batuk yang kuat dan beterusan kepada kanak-kanak. Batuk ini biasanya menjadi lebih teruk pada waktu tengah malam dan di awal pagi.

Baca juga : Tips petua cara membina tulang yang sihat

Punca terjadinya Asma/ Asthma/ Lelah

  • Alahan kepada sesetengah jenis makanan.
  • Habuk, hama dan bulu binatang.
  • Perubahan cuaca yang tidak menentu.
  • Masalah jerebu yang teruk.
  • Jjangkitan kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection).
  • Kerap terdedah kepada asap rokok.
  • Keturunan salasilah keluarga.

Tanda-tanda penyakit Asma/ Asthma/ Lelah

  • Batuk berpanjangan pada malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan serta sakit dada.
  • Kesukaran untuk bernafas ketika menjalani aktiviti harian.
  • Sering tercungap-cungap apabila bercakap.
  • Berasa lesu/letih sentiasa.
  • Kurang selera makan.

Info menarik : Rahsia cara mengatasi punca jerawat di muka kini terbongkar

Cara mengatasi masalah Asma/ Asthma/ Lelah

  • Menjauhi faktor-faktor penyebab asthma.
  • Ambil tahu penggunaan inhaler.
  • Bertindak dengan pantas dan tidak berlengah.
  • Minta pendapat dari orang ketiga seperti doktor/ahli perubatan.

PERINGATAN: Simpan inhaler di tempat yang mudah dicari ketika berlaku kecemasan dan pastikan juga bekalan ubatan sentiasa mencukupi, dalam keadaan baik serta belum tamat tempoh.

Kesan menghidapi Asma/ Asthma/ Lelah

Antara tanda mudah mengesan penyakit asma pada kanak-kanak adalah batuk yang tidak henti-henti walaupun telah diberikan minum ubat batuk. Batuk yang berpanjangan ini jika dibiarkan oleh ibu bapa boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru terutamanya apabila kahak mula terhasil.

Hal ini sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan tersumbatnya sistem saluran paru-paru. Ibubapa atau penjaga ditegaskan untuk segera membawa anak ke hospital bagi berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan serta tindakan rawatan susulan.

Info lanjut boleh kunjungi website ini momma-nutrition | penyakit-asma-pada-kanak-kanak.

Jumaat, 13 April 2018

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ?


Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ? Semua ibu bapa di luar sana inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tiada siapa mahu perkara yang buruk terjadi pada si penyeri rumahtangga ini. Oleh kerana itu, kita sanggup melakukan apa saja untuk mendidik dan mengasah bakat mereka sejak kecil.

Namun, persoalannya kini adakah cara membesarkan anak yang bijak berjaya ini melalui kasih sayang mahupun disiplin ! Terdapat juga ibu bapa di luar sana menjadikan anak mereka seperti robot dan tidak kurang juga menjadikan anak mereka sebagai satu 'senjata persaingan' di kalangan masyarakat setempat.

Betulkah tindakan kita mendidik anak sebagai ibu bapa ?

Apakah kesan dan hasil pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak ?

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin

Info terbaik : bagaimana tubuh kita menghadapi stress & cara mengatasinya

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ?


Kajian baru-baru ini mendedahkan ibu bapa harus memberi kasih sayang yang secukupnya, berbanding terlalu tegas dengan disiplin yang ketat. Ini kerana tumbesaran anak-anak melibatkan 3 perkara penting yang boleh menjejaskan kebijaksanaan mereka kelak.

Bigthink ada mengupas hal ini dengan tajuk yang sangat hebat iaitu 'how to raise genius kids'

3 kunci besarkan anak bijak berjaya


Kasih sayang ibu bapa adalah kunci besarkan anak yang bijak. Anak akan membesar dengan bijak jika mereka diberi kasih sayang sepenuhnya berbanding tindakan tegas yang mana 90% darinya kita larang anak kita untuk lakukan.

Ya, mereka mungkin perlu berlatih selama beberapa jam untuk mahir. Tapi, kanak-kanak membentuk memori childhood untuk membesar dengan lebih bijak.

Jadi, sejak kecil lagi mereka akan belajar dari 3 teknik ini untuk menjadi bijak :
  • pembelajaran dengan ibu bapa
  • contoh yang diberi dari ibu bapa
  • pembentukan identiti sendiri selepas melihat ibu bapa

Rugi tak baca : tips & petua cara membina tulang yang sihat

Malah, dari ibu bapa juga, anak-anak akan mengambil contoh terhadap sesuatu tingkah laku. Mungkin dia akan ikut si bapa yang suka bermain game di telifon bimbit, atau ikut si ibu yang cerewet dan kuat membebel.

Kemudian, baru mereka membentuk identiti diri mereka sendiri. Semuanya berdasarkan kasih sayang dan disiplin yang kita berikan pada mereka.

cara besarkan anak pintar berjaya genius

Kasih sayang, disiplin atau ego ibubapa ?


Hal ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi namun ianya adalah sebahagain dari lumrah kehidupan. Dewasa ini, ramai ibubapa mengetepikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak.

Kenapa ? kurangnya pengetahuan keibubapaan dengan menggangap mendisiplinkan anak dengan memaksa mereka melakukan sesuatu yang kita rasa penting untuk masa depan mereka, ataupun ego ibubapa yang tidak mahu kalah dengan kelebihan anak orang lain ?

Apa yang penting adalah kegembiraan anak-anak. Jika anak dipaksa untuk jadi bijak, mereka akan tertekan. Jika mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak mereka minati, mereka akan memberontak.

Lepas bersalin ? : tips & petua agar luka jahitan bersalin cepat sembuh

Pada tahun 1960-an, seorang pakar psikologi telah mengkaji bagaimana ingin mencipta kecemerlangan dalam diri seseorang. Pelbagai teori dikeluarkan namun belum dapat dipastikan keberhasilannya.

Laszlo Polgar merupakan seorang individu yang mengikuti perkembangan kajian tersebut. Beliau berasa kagum dan yakin dengan kejian yang dilakukan itu. Beliau juga ada menulis sebuah buku bertajuk 'Bring Up Genius!'

Beliau kemudiannya berkahwin dengan buah hatinya, Klara. Mereka ingin membuktikan kajian Polgar, lalu mereka memilih kaedah permainan catur kerana kedua ibu bapa ini bukanlah pemain catur. Perkahwinan mereka sangat bahagia sehingga Klara melahirkan 3 anak perempuan hasil perkahwinan mereka.

Anak Klara dan Polgar kini menjadi 3 beradik perempuan paling genius dalam sejarah permainan catur! startuptown | want your children to succeed ada mengulas mengenainya di laman blog mereka.

3 beradik perempuan genius permainan catur

Bagaimana mereka melatih 3 beradik perempuan genius permainan catur ? Mereka tak buat apa pun sebenarnya. Teknik mereka adalah dengan membiarkan anak menunjukkan minat mereka yang tersendiri dalam masa yang sama, mereka memberi contoh yang bagus.

Setiap hari, catur akan menjadi permainan yang menyeronokkan untuk mereka sekeluarga. Polgár melatih anaknya untuk “kegembiraan” dan bukannya “kesempurnaan”.

Menurut Polgár – perkara penting di sini adalah untuk anak-anak gembira. Memang semua ibu bapa mahu anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau sesuatu bidang. Tapi menekan dan memaksa mereka dengan disiplin yang ketat bukan caranya.

Hothousing atau mengajar anak tentang sesuatu di usia muda juga bukan jawapannya. Ia akan buat mereka lebih sunyi dan mementingkan diri sendiri. Tambahan pula sikap segelintir ibu bapa yang mempunyai ego terlalu tinggi yang tidak mahu kalah dengan anak orang lain.

Anak si A pandai menyanyi, maka ibubapa ego tinggi ini pun menghantar anaknya mengikuti kelas nyanyian sedangkan anaknya itu pandai dan memang minat melukis. Sepatutnya mereka menghantar anaknya mengikuti kelas lukisan, mungkin satu hari nanti anaknya akan menjadi seorang arkitek, pelukis pelan ataupun pereka pakaian dan mungkin juga pelukis animasi.

Morning sickness ? : tips & petua cara rajin bangun pagi kini terbongkar

5 kunci penting untuk besarkan anak yang pintar


  • Galakkan anak-anak untuk bermain permainan atau membuat sesuatu yang dia suka sejak usia 7 tahun.
  • Tunjukkan kasih sayang anda sejak mereka berusia bawah 5 tahun.
  • Anggap kemahiran mereka tak terbatas (fikir positif).
  • Rancang aktiviti yang menyeronokkan. Jangan asyik rasa dengki dengan kelebihan anak orang lain.
  • Menjadi contoh serta ikutan yang baik kepada anak-anak.

Percayalah, dengan didikan dan kasih sayang yang sepenuhnya dari anda – nescaya anak-anak akan berjaya dibesarkan menjadi bijak lagi baik hati. Fokus kepada kelebihan dan kekurangan anak, bantu mereka dan atasi kekurangan mereka.

Beri mereka peluang untuk menggunakan otak yang mereka ada untuk berfikir, secara tidak langsung hal ini akan mempercekapkan 'motor skills' mereka. Ini juga merupakan salah satu langkah besarkan anak bijak dengan melatih motor skills mereka.

Didiklah mereka seperti orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Jangan terlalu kerap membantu mereka sehinggakan makan pun perlu bersuap, akan tetapi latih dan motivasikan mereka disamping melakukan aktiviti-aktivit yang menyeronokkan bersama.

Top