Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Rabu, 29 Jun 2016

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar - Beberapa hari lagi dah nak raya. Pasti kaum ibu diluar sana sibuk untuk mempersiapkan sambutan raya kali ini. Ada yang membuat kuih raya, mendekorasi halaman ruang tamu dan sebagainya.

Namun yang pasti, aktiviti wajib yang dilakukan adalah membersihkan rumah. Kita bukan bercerita mengenai lantai yang menggunakan 'tiles' , 'mosaic' dan lain-lain kerana lantai jenis ini lap-lap saja dah kilat, akan tetapi jika menggunakan lantai kayu vinyl ?

Inilah dia teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl yang pasti memberikan kesan yang memberangsangkan.

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl

Bahan/peralatan yang digunakan :
  • 1 cawan Cuka putih
  • 5 titik Minyak bayi (johnson baby)
  • 1 galon air suam
  • 1 baldi besar /besen
  • 1 batang mop set lengkap/ sehelai kain mikrofiber
Viral dikalangan wanita : tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Cara-caranya adalah seperti berikut :
1) Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam baldi besar yang telah disediakan.
2) Celupkan mop/ kain mikrofiber ke dalam campuran itu. Dan perahkan untuk mendapat tekstur mop/kain mikrofiber yang tidak terlalu basah
3) Mop/lap keseluruhan lantai kayu vinyl sehingga anda berpuas hati
4) Bilas lantai sebersih-bersihnya dengan menggunakan air suam. Biarkan kering.

Terkini : Fenomena awan ombak besar melanda negeri sabah

Sedikit penerangan berserta tips :
1) Kandungan asid yang terkandung di dalam cuka putih akan melonggarkan zarah-zarah kotoran. Ini menyebabkan kotoran tersebut dapat ditanggalkan dengan mudah.
2) Kotoran ini yang menyebabkan permukaan lantai kayu vinyl kelihatan kusam dan tidak menarik. Penggunaan minyak bayi pula ia bertindak sebagai polish yang semulajadi.
  • #Sekiranya kotoran lantai begitu ketara, anda bolehlah mencampurkan sedikit dengan pencuci lantai yang bersifat lembut.
  • #Anda boleh menambah essential oil untuk memberikan aroma yang harum pada ruang kediaman setelah dibersihkan/dimop.

Info lengkap derserta gambar boleh dilihat di sini : Impiana | Lantai kayu vinyl berkilat dalam satu cara dan sini : Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar.

Selasa, 28 Jun 2016

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi - Sedu adalah keadaan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan situasi ini melucukan namun hakikatnya kesakitan dan keperitan akibat sedu ini hanya dirasai dan difahami oleh mereka yang mengalaminya sendiri.

Bak kata pepatah melayu lama, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya Sedu

  • Pengambilan minuman bergas secara berlebihan.
  • Ketawa terlalu banyak.
  • Menelan terlalu banyak udara.
  • Makan secara gelojoh (lahap).
  • Berasa bimbang atau teruja.
  • Mengambil alkohol berlebihan.

Baca juga : Tips kesihatan menggunakan limau nipis

Cara mengatasi masalah Sedu

  • Tahan nafas selama beberapa saat secara tenang dan hembus perlahan-lahan.
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu.
  • Bernafas dalam plastik udara.
  • Tenangkan jiwa dan minda.
  • Urut dada perlahan-lahan.

Info menarik : Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Kesan menghidapi Sedu

Jika sedu dihadapi terlalu lama, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan dengan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, dan penyakit metabolik yang merosakkan saraf.

Selain itu, kandungan paras gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat juga boleh menyebabkan terjadinya sedu.

Info lanjut boleh kunjungi website ini majalahsains | mengapa-manusia-tersedu

Ahad, 26 Jun 2016

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar - Jerawat di muka memang tidak asing lagi kerana ia menyerang tanpa mengira usia. Tipulah jika ada yang mengatakan mereka tidak pernah mempunyai masalah jerawat. (bukan tidak ada tapi peratusannya terlalu sedikit kira-kira 0.02% sahaja).

Dalam perubatan cina, masalah jerawat yang keluar di bahagian tertentu di muka mewakili masalah kesihatan pada bahagian-bahagian tertentu dalam badan. Inilah apa yang ingin dikongsikan bersama pembaca kali ini.

Baca juga : Tips & Petua cara rajin bangun pagi

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar


Jerawat di Dahi Atas (Upper forehead)
Punca : Sistem pencernaan dan Pundi Kencing

Cara mengatasi :
  • Tingkatkan pengambilan air mineral (air putih, air kosong, air mati) kerana ia dapat membantu membuang toksin dari dalam badan melalui air kencing dan peluh.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke (coca cola).
  • Jaga waktu tidur anda agar ia teratur.
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan bahagian atas kepala seperti rambut, tudung, topi, cekak rambut dan lain-lain.

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca : Jantung

Cara mengatasi :
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral (air putih, air kosong, air mati).
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi.
  • Jika merokok, usahakan untuk mengurangi skala hisapan rokok anda atau berhenti terus dari merokok.

Jerawat di telinga
Punca : Buah pinggang

Cara mengatasi :
  • Tingkatkan pengambilan air mineral (air putih, air kosong, air mati) dari kebiasaannya.
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
  • Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air.

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca : Hati

Cara mengatasi :
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti kiwi, lada manis, oren dan lain-lain.
  • Cuba elakkan makan lewat malam terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan dapat menghadam makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, dan alkohol, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
  • Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

Jangan abaikan : 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

Jerawat di Pipi Atas
Punca : Paru-paru dan Sistem Pernafasan

Cara mengatasi :
  • Elakkan merokok dan merokok pasif
  • Tingkatkan kekerapan anda bersenam diantara 20-30 minit setiap sesi.
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama kawasan kilang.

Jerawat di Pipi Bawah
Punca : Masalah gusi atau Gigi

Cara mengatasi :
  • Sentiasa jaga kebersihan gigi, memberus gigi menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan lakukan pemeriksaan tetap di klinik pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat dan bervitamin seperti kubis dan labu, Sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
  • Jangan makan secara berlebihan dan terlalu banyak. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana.
  • Jauhi makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan juga soda.

Jerawat di Tepi Dagu
Punca : Hormon dan kemaluan

Cara mengatasi :
  • Kurangkan dan ubah tabiat makan sebelum tidur.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal secara konsisten.

Jerawat di Tengah Dagu
Punca : usus kecil dan perut

Cara mengatasi :
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar.
  • Dapatkan rehat yang lebih dari kebiasannya.
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet dan menu harian anda.

Jerawat di Dada dan Leher
Punca : Sistem ketahanan badan

Cara mengatasi :
  • Cuba untuk hilangkan tekanan yang anda alami.
  • Gunakan pakaian yang selesa dan mempunyai pengaliran udara yang mencukupi (elakkan pakaian ketat).
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C dalam diet menu harian anda.

Artikel yang lebih lengkap berserta penerangan boleh baca dekat website dan blog ini :
1. healthdigezt | what does your acne reveal about your health
2. nurulaziyana | punca sebenar jerawat di muka

Jika anda perhatikan, punca dan cara mengatasi jerawat di muka yang dikongsikan adalah saling berkait dan berulang-ulang. Ini kerana saraf dan sistem dalam badan kita berhubung antara satu sama lain. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan atasi segala jerawat yang ada di muka secara menyeluruh.

Hidup sihat, badan cergas dan minda yang cerdas di Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rabu, 15 Jun 2016

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari


Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari - Pasti ramai yang mengetahui bahawasanya ketahanan bau minyak wangi adalah berbeza-beza mengikut jenis dan jenama minyak wangi itu sendiri. Persoalannya, mampukah ia bertahan sepanjang hari ?

Menurut Alexandre Freile, Axe Perfumes Expert dari Fragrance House Firmenich, terdapat kaedah-kaedah tertentu cara menggunakan minyak wangi yang betul agar bauannya tahan lama sepanjang hari.

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari


Antara kaedah dan teknik semburan minyak wangi yang betul dan tepat bagi mengekalkan kewangian dan keharuman bauannya sepanjang hari adalah seperti berikut :

1. Pastikan anda berada di dalam bilik yang bersuhu normal dan sedikit hangat.

2. Semburkan minyak wangi dari jarak sejengkal dari tapak tangan anda.

3. Semburkan di titik-titik nadi yakni bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku.

4. Gunakan minyak wangi selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.

5. Elakkan menggosok minyak wangi ke dalam kulit anda. Walaupun ini adalah amalan biasa, berbuat demikian akan merosakkan bahan kimia dalam pewangi anda dan mengubah keseimbangan bau wangian pewangi tersebut. Sebaiknya, semburlah sedikit minyak wangi pada kulit dan biarkan ia kering secara semulajadi.



Baca juga :
- Biodata peribadi milik Khai Bahar
- Seorang petani tua menemui mata air ajaib
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Yang murah tak semestinya teruk, yang mahal tak semestinya bagus. Jadilah pengguna yang bijak dan pelajari Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari ini.

Jumaat, 27 November 2015

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat - Saiz payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan secara tidak langsung keayuan dan keunggulannya tidak menyerlah. Hal ini menyukarkan wanita terbabit untuk berpenampilan menarik dan anggun serta sukar untuk memilih saiz bra yang bersesuaian.

Untuk pengetahuan, wikipedia memaklumkan bahawa Payudara atau buah dada ialah bahagian ventral atas pada tubuh badan manusia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Payudara bagi seorang wanita mula berkembang selepas memasuki alam baligh.

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat


Bagi membesarkan payudara, apa yang perlu dilakukan adalah senaman. Tidak dinafikan banyak produk-produk diluar sana yang menjanjikan pembesaran payudara yang melibatkan pemakanan vitamin dan pil serta terdapat juga jenis krim untuk disapukan di sekitar payudara namun cara senaman ini lebih selamat bahkan menyihatkan tubuh badan.

Payudara besar tapi stamina kurang = KERUGIAN.
Payudara besar tapi antibodi badan lemah = KERUGIAN.
Payudara besar tapi kos pembesaran tinggi = KERUGIAN.

Namun, payudara besar dan sihat tubuh badan = KEUNTUNGAN.

Senaman membesarkan payudara wanita


Senaman push-up - Senaman ini terbahagi kepada dua iaitu push-up untuk lelaki dan juga push-up untuk perempuan. Jika senaman push-up untuk lelaki terlalu berat untuk anda lakukan, pilihlah senaman push-up untuk wanita. Senaman ini menjadikan otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kepadatannya.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda berubah saiz menjadi lebih besar dan padat dari sebelumnya namun tetap lembut bila disentuh. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

Lakukanlah senaman ini 4-5 kali seminggu dalam masa 5-10 minit lamanya untuk permulaan. Seeloknya senaman ini dilakukan di awal pagi selepas bangun dari tidur. Bila tubuh badan anda sudah boleh menerima senaman ini maka anda bolehlah lakukan senaman ini setiap hari sehingga hasilnya memuaskan.

Penjagaan pemakanan untuk kesihatan payudara


Kacang soya - Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini juga mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.

Jauhi arak - Elakkan meminum minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

Sayuran segar - Banyakkan memakan sayur segar seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane. Ia dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

Ikan laut segar - Banyakkan memakan ikan laut segar kerana banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

Bersihkan selalu - Bersihkan payudara secara rutin. Hal ini dapat dilakukan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

Baca juga :
- Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala
- 3 punca utama masalah keguguran rambut
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional
- Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Membesarkan payudara menggunakan masker buatan sendiri


Bukan sahaja wajah muka, akan tetapi payudara juga boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan kelembutannya. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara adalah :

Kacang panjang
Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

Yogurt dan telur
Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

Epal dan susu.
Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan padat serta berseri-seri dan tetap lembut.

Peringatan / warning :
Masker ini mungkin tidak bersesuaian bagi sesetengah orang yang memiliki alergik tertentu. Sekiranya terdapat masalah sampingan selepas menggunakan masker ini, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan nasihat dan pandangan serta rawatan sekiranya perlu.

Ahad, 22 November 2015

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala - Sakit pening kepala seringkali mengganggu rutin aktiviti harian kita. Pelbagai usaha untuk mengatasi sakit kepala atau pening kepala ini kita lakukan bermula daripada minum ubat-ubatan sehingga melakukan urutan kepala. Namun sebenarnya ada cara tradisional untuk mengatasi rasa sakit dan pening kepala ini.

Secara amnya, berdasarkan sumber wikipedia - Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher disebabkan oleh tekanan dan keletihan otot.

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

❤️ . Jangan abaikan, ketahui 3 punca utama masalah keguguran rambut serta 6 khasiat & manfaat jintan manis ini. Sangat-sangat bermanfaat guys ...

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala


✔️ . Minum air putih.
Sakit kepala seringkali berlaku dan menyerang disebabkan dehidrasi. Duduk dan berehatlah sebentar, kemudian minum air putih secara perlahan. Air putih memang banyak manfaatnya. Biasakan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan anda sihat dan tentunya terhindar dari kekurangan cecair dalam tubuh badan.

✔️ . Kurangkan menghadap komputer.
Radiasi komputer juga boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Perkara tersebut biasanya berlaku pada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Tinggalkanlah komputer tersebut untuk seketika, lalu pergilah ke luar untuk menghirup udara segar. Usahakan setiap 1 jam sekali melihat pemandangan luar atau melihat sesuatu yang hijau agar mata tidak terlalu letih dan tekanan berkurangan.

✔️ . Bertenang untuk seketika.
Rehatkan diri dan minda anda untuk seketika, pejamkan mata dan tariklah nafas perlahan-lahan kemudian hembuskannya. Lakukan beberapa kali kerana kaedah ini mampu untuk meredakan ketegangan dan tekanan otot muka dan kepala.

✔️ . Minum secawan air teh.
Minumlah secawan air teh, tidak kisahlah teh boh, lipton atau sabah sekalipun asalkan ianya teh dan bukannya teh tarik. Campurkan sedikit hirisan lemon atau limau nipis ke dalamnya dan minumlah perlahan-lahan ketika ia masih lagi panas. Hal ini akan memberi ketenangan kepada tenaga batin dan mengelakkan kita dari mengalami sakit pening kepala.

✔️ . Lembabkan bahagian kepala.
Ambillah tuala kecil dan rendamkan ke dalam air panas kemudian letakkan diatas kepala dan tekap-tekapkan tuala tersebut di sekita wajah. Cara ini akan melembabkan dan meregangkan otot serta mengurangkan tekanan pada bahagian kawasan kepala.

Itulah beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi kesakitan pada kepala. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.. - Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Selasa, 17 November 2015

3 punca utama masalah keguguran rambut

3 punca utama masalah keguguran rambut - Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samaada wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Menurut sumber panduan kesihatan , secara puratanya terdapat lebih kurang 100,000 rambut pada kulit kepala kita. Setiap rambut yang di hasilkan oleh folikel, tumbuh dengan kadar setengah inci setiap bulan.

Pertumbuhan rambut ini berlaku antara 2 hingga 6 tahun. Selepas itu pertumbuhan rambut terhenti seketika sebelum ianya gugur. Tidak lama kemudian folikel akan menghasilkan rambut baru bagi menggantikan rambut yang telah gugur. Begitulah kitaran rambut kita dan ianya sentiasa berulang.

3 punca utama masalah keguguran rambut

3 punca utama masalah keguguran rambut


Rambut gugur berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut kita terganggu disebabkan oleh folikel rambut yang di musnahkan dan di gantikan dengan tisu yang rosak. Kebiasaannya masalah utama rambut gugur di kaitkan dengan salah satu sebab berikut :
  • Perubahan hormon
  • Penggunaan produk yang tidak sesuai
  • Kekurangan vitamin yang diperlukan
Perubahan hormon.
Perubahan hormon dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Perubahan hormon ini mungkin di sebabkan oleh kehamilan, melahirkan anak atau bermulanya menopause. Tahap hormon juga boleh terjejas di sebabkan oleh masalah kesihatan seperti kelenjar tiroid.

Penggunaan produk yang tidak sesuai.
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan. Jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan gaya rambut.

Baca juga :
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional
- Kisah tauladan seekor helang dan ayam
- 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

Kekurangan vitamin yang diperlukan.
Badan kita memerlukan pelbagai vitamin, mineral dan protein untuk mengekalkan rambut yang sihat. Sekiranya kita mengamalkan diet yang tidak seimbang ia akan mempengaruhi pertumbuhan rambut kita dan boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur. Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein dan vitamin E untuk membuatkan rambut kita kuat dan sihat.

Terdapat juga punca lainnya yang menyebabkan rambut gugur namun 3 punca utama masalah keguguran rambut diatas adalah yang paling lazim menjadi punca utama. Semoga bermanfaat..

Isnin, 16 November 2015

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional - Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.

Menurut wikipedia, bibir merupakan lapisan daging lembut yang berisi pada sekitar kawasan mulut manusia.

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Tips petua cara memerahkan bibir secara semulajadi


Gunakan madu : Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi untuk tubuh badan samada dari dalaman hinggalah luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan madu pada bibir hingga rata kemudian biarkan ianya meresap selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci bersih. Lakukan 3-4 kali seminggu.

Gunakan limau nipis : Limau nipis dapat mengurangkan kehitaman di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, cucilah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

Sapu minyak zaitun : Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir. Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit kemudian cucilah dengan bersih bibir anda.

Sapukan kunyit : Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

Gunakan avocado : Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur selama sebulan.

Gunakan daun ketumbar : Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Hiris timun dan letak pada bibir : Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

Ubat Gigi : Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Baca juga :
- Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi
- Tips kesihatan menggunakan limau nipis
- Tips & petua cara membina tulang yang sihat

Sekian saja dan semoga bermanfaat - Panduan kesihatan : Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Sabtu, 14 November 2015

Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi - Bau badan merupakan satu aroma yang memberi impak negatif kepada anda. Fenomena ini terlalu umum dan sukar untuk menemui penyelesaiannya sekiranya orang tersebut adalah anda atau orang terdekat anda.

Hendak ditegur, takut. Nak tutup hidung, malu. Tahan nafas pula, nanti mati. Ketahui teknik menghilangkan bau badan semulajadi ini kerana ia amat berguna disaat anda berhadapan dengan masalah bau badan ini. Boleh diamalkan kepada diri sendiri dan juga diberi pengetahuan kepada orang lain.

Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Apa itu bau badan


Menurut wikipedia , bau badan merupakan suatu aroma yang terhasil daripada proses semulajadi pemecahan protein oleh bakteria. Bau badan juga terhasil daripada peluh berlebihan hasil daripada proses semulajadi pembakaran kalori badan manusia melalui aktiviti seharian.

Punca terjadinya masalah badan berbau

  • Faktor pemakanan
  • Perubahan hormon
  • kebersihan dan penjagaan diri
  • Ketidakseimbangan diet
  • Tekanan yang berlebihan

Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi


Mandi dua kali sehari : Mandi sebanyak dua kali sehari mampu mencegah bau badan dan meningkatkan keyakinan diri. Proses ini mampu menanggalkan kotoran serta menghilangkan peluh. Ianya juga boleh menyegarkan tubuh badan dan mengurangkan tekanan.

Gunakan daun sirih : Daun sirih merupakan sejenis daun yang kerap digunakan oleh nenek moyang kita sebagai alat pembuka bicara dan sebagai herba bagi tujuan kesihatan. Petik beberapa helai daun sirih, cuci bersih dan hancurkannya sehingga menjadi seakan-akan serbuk kemudian gosokkan serbuk daun sirih tersebut dicelah ketiak sebelum mandi. Tunggu hingga 8-10 minit barulah dicuci dan masuk mandi.

Diet pemakanan harian : Bau badan juga dapat dielakkan atau pun dikurangkan dengan cara mengawal pemakanan harian. Kaedah ini mampu menghilangkan bau badan. Antara bahan-bahan masakan yang menyumbang kepada bau badan berlebihan adalah seperti rempah ratus, daging merah, alkohol, seta bahan lainnya termasuk kafein dan rokok.

Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar : Untuk pengetahuan, buah-buahan dan sayuran segar mengandungi vitamin dan kandungan mineral yang tinggi. Pengambilan bahan segar ini dengan kerap mampu menghilangkan bau badan secara semulajadi seperti epal, jeruk, tembikai, pisang dan semua sayuran segar.

Gunakan Deodorant : Kaedah ini merupakan cara yang paling popular digunakan oleh kebanyakan orang. Kos penggunaan juga adalah sangat berpatutan dan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Deodorant ini juga mempunyai pelbagai jenis dan fungsi antaranya menghilangkan bau badan, melembabkan ketiak dan juga memutihkan ketiak.

Rawatan moden dengan menggunakan laser : Rawatan moden dengan menggunakan pancaran laser adalah merupakan cara terkini bagi menghilangkan bau badan. Kos rawatan ini juga sangat mahal dan sesuai digunakan bagi rawatan bau badan yang berlebihan dan menyeluruh.

Baca juga :
- 3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk
- Panduan convert gambar kepada text ASCII
- 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

Sekian saja, semoga apa yang dikongsikan bersama bermanfaat untuk semua - Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Top