Ahad, 24 Julai 2016

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun | Dewasa kini, ramai yang ingin memiliki rambut yang kelihatan anggun dan segar bermaya. Terdapat juga yang mendambakan memiliki rambut berseri-seri dan bersinar seperti artis hollywood.

Selain menjaga kesihatan rambut menggunakan cara moden, ada juga di antara individu yang gemar menjaga kesihatan rambut mereka dengan cara tradisional.

Selain menjimatkan masa ia juga mudah untuk dilakukan. Bahkan, ianya lebih murah berbanding membuat rawatan di pusat kecantikan. Ketahui teknik mudah 'rambut glamor' berseri-seri serta bersinar anggun dengan kos yang rendah.

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun


Minyak zaitun
Kamu juga boleh menggunakan minyak zaitun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Caranya, kamu hanya perlu lumurkan minyak zaitun sebelum tidur. Keesokkan harinya, bilas rambut kamu seperti biasa.

Ketahui : tips & petua cara membina tulang yang kuat

Telur
Bagi yang mempunyai rambut kusut dan kering, kamu boleh mengambil manfaat yang terdapat melalui telur ayam. Ambil kuningnya sahaja dan campurkan bersama minyak kelapa dan madu. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas serta shampoo seperti biasa.

Limau purut
Limau purut juga boleh digunakan khusus untuk kamu yang mengalami masalah kelemumur. Ambil beberapa biji limau purut dan belah kepada dua bahagian. Kemudian gosokkan limau purut pada kulit kepala. Lakukan proses ini beberapa kali dalam seminggu.

Meskipun kamu akan mengalami rasa pedih, namun ia dikatakan ccukup berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur yang dialami ketika itu.

Daun lidah buaya
Selain daun bunga raya yang sedia diketahui mampu melebatkan rambut, daun lidah buaya juga mampu untuk mengatasi masalah keguguran rambut khususnya rambut yang panjang.

Caranya, ramaskan daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir (alovera) dan kemudian lumur pada rambut selama satu hingga dua jam. Lakukan proses tersebut dalam seminggu. Kamu akan lihat perubahan yang menarik!

Petua tradisional : tips petua cara menghilangkan bau badan secara semulajadi

Mayones
Selain sering digunakan di dalam sajian makanan, mayones turut membantu melembapkan rambut. Caranya, sapukan mayones pada rambut dan biarkan ia selama 20 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

Kini, rambut lebat bersinar hitam yang anggun bukanlah satu perkara yang mustahil lagi. Amalkan teknik rahsia ini dengan kos yang rendah : 5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

Khamis, 21 Julai 2016

Ringankan loading blog - Ubah kedudukan widget follower

Ringankan loading blog - Ubah kedudukan widget follower - Loading sesebuah blog memainkan peranan dalam menarik pengunjung untuk terus mengunjungi blog. Kebiasaannya, loading blog yang lambat membuatkan pengunjung tidak gemar untuk berada lama di blog tersebut.

Terdapat berbagai-bagai cara dan tutorial untuk meringankan serta melajukan loading blog. Salah satunya adalah dengan menggunakan script lazyload untuk melajukan loading blog. Namun kali ini, kita akan menggunakan cara yang mudah iaitu dengan cara mengubah kedudukan widget follower blog.

cara meringankan loading blog

Ketahui : panduan convert gambar kepada text ASCII

Ringankan loading blog - Ubah kedudukan widget follower


1. Log in dalam dashboard blogger > blogger.com

2. Klik pada Pages dan New Page

ringankan loading blog - blogger dashboard

3. Masukkan Tajuk Halaman/Page , tulis Ucapan anda , dan letakkan code widget di bawah ini. Lepas tu klik butang Save/Update.

Code Widget Follower : pastebin

ringankan loading blog - code widget follower

NOTE :
1. Ubah ID BLOG ANDA dalam code widget follower kepada id blog anda sendiri. [Ada 2]
2. Ubah SITE BLOG ANDA dalam code widget follower kepada site blog anda sendiri. [Ada 1]

* Cara nak dapatkan ID dan SITE blog : masyadi | code ID & SITE blog

4. Balik semula ke dashboard blogger. Klik Pages , right click View pada halaman/page yang anda buat tadi , dan klik Copy Link Location untuk mendapatkan alamat url page tersebut.

ringankan loading blog - widget follower valid html5

Lepas tu anda bolehlah letak dekat Navigation Bar atau Sidebar link tersebut. Contoh ada pada blog ini atau boleh lihat dekat gambar bawah ini.

Trending : 5 jenis makanan kurangkan berat badan berlebihan

Ringankan loading blog - Ubah kedudukan widget follower

Macam mana, Boleh ikut tutorial atas tu ? Loading blog pula bagaimana, ada perubahan ? Itulah dia secara ringkas mengenai cara Ringankan loading blog - Ubah kedudukan widget follower

Khamis, 14 Julai 2016

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita - Kaum wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Antara alat solek kecantikan yang utama adalah mekap.

Dahulunya, mekap sering dikaitkan dengan golongan wanita namun dewasakini golongan lelaki juga tidak kurangnya dalam pengaplikasian mekap di wajah agar tampak lebih segak dan anggun.

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

Ketahui : tips & petua cara rajin bangun pagi

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

Tanpa disedari kita sering melakukan kesilapan dalam mengenakan mekap di wajah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan mekap yang dikenakan tidak kelihatan berseri bahkan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah.

Kesannya boleh menyebabkan kulit wajah kita kusam tidak bermaya dan berjerawat.

Amalkan : rahsia cara mengatasi & punca jerawat di muka terbongkar

1. Tidak menggunakan pelembap
Inilah asas untuk solekan yang baik namun sering diabaikan. Krim pelembap ini juga sebenarnya akan melindungi bahan kimia yang ada dalam alat kosmetik yang digunakan.

2. Hanya satu jenis foundation
Kebanyakan dari kita hanya menggunakan satu jenis bedak asas atau foundation. Tapi untuk mendapat hasil mekap yang cantik bedak asas ini boleh digabungkan. Pastikan warnanya sesuai dengan kulit.

3. Mengepam maskara
Ia akan membuatkan maskara lebih cepat kering, merekah dan tidak tahan lama.

4. Tidak bersihkan berus mekap
Hampir semua wanita melakukan kesalahan ini. Sama ada berus untuk pemerah pipi, gincu atau pembayang mata ianya tidak dibersihkan. Sebenarnya inilah antara punca wajah anda berjerawat.

Terdapat banyak lagi kesalahan utama ketika mengenakan mekap namun yang sering terjadi adalah 4 kesalahan dan kesilapan mekap yang kami kongsikan kali ini. Ingat..kebersihan muka bukan sahaja selepas mengenakan mekap setelah balik ke rumah namun ianya juga perlu diamalkan ketika hendak memakai mekap.

Artikel ini dikongsikan oleh nona | 4-kesalahan-mekap-perlu-dihentikan-segera dan 4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita.

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan - Bagi anda yang sedang dalam misi mengurangkan berat badan ada baiknya mengamalkan lima jenis makanan ini.

Senarai makanan ini dapat membantu membakar kalori dan lemak dengan lebih cepat. Hasilnya, anda akan lebih cepat kurus tanpa perlu menggunakan produk diet dan sebagainya.

bakar lemak dengan makanan | 5 jenis makanan kurangkan berat badan berlebihan

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan

Inilah dia 5 jenis makanan bagi tujuan bakar lemak dan kalori dalam badan dengan lebih cepat berserta sedikit penerangan ringkas setiap satunya.

1. Epal - Kaya dengan antioksidan dan juga pekctin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

2. Cili - Unsur capsaicin yang ada di dalam cili termasuk cili hijau membantu membakar kalori dalam badan dengan lebih cepat.

Amalkan : 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

3. Salmon - Lemak Omega-3 bentuk DHA (Docosahexaenoic acid) berupaya menurunkan berat badan selain meningkatkan kesihatan otak. Asid amino pada ikan ini juga membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.

4. Bawang putih - Kandungan allicin dalam bawang putih bukan saja bertindak sebagai antibakteria tapi juga mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam tubuh badan kita.

Baca juga : 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

5. Teh Hijau - Keberkesanan teh ini untuk menurunkan berat badan memang sudah diperakui sejak dulu lagi. Ia mengandungi antioksidan yang dapat membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan lebih cepat minum dua cawan teh hijau sehari.

Perkongsian ini bukan bermaksud untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan dalam menu harian anda. Anda masih boleh mengambil jenis makanan yang lain secara sederhana.

Namun, jika anda ingin kurus cepat secara konsisten, amalkan 5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan ini.

Top