Selasa, 3 November 2015

Tips kesihatan menggunakan limau nipis

Tips kesihatan menggunakan limau nipis - Ketahui dan pelajari tips dan petua cara menggunakan limau nipis. Untuk pengetahuan, buah unik ini bukan sahaja digunakan untuk dicampurkan ke dalam bahan masakan dan makanan tetapi ianya juga boleh digunapakai untuk kesihatan tubuh badan.

Baca juga :
1. Tips & petua cara membina tulang yang sihat
2. Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahan ini terkenal sebagai perisa tambahan yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Ketinggian pokoknya pula boleh mencecah 5M.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum kwtika hari panas terik.

Tips kesihatan menggunakan limau nipis

Tips kesihatan menggunakan limau nipis


❤️ . Mengempiskan perut
Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu dalam keadaan panas atau suam. Kesannya akan lebih cepat berbanding meminumnya dalam keadaan sejuk. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan melangsinkan serta mengemaskan bentuk perut.

❤️ . Memulihkan kulit wajah
Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapu adunan tersebut pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Bila dah kering baru anda cuci muka dengan bersih.

❤️ . Menghilangkan bau kaki
Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki (stokin) dan kasut jenis yang tertutup, gunakan la limau nipis. Ambil limau nipis, belah dua dan gosokkan pada kawasan kaki dan telapak kaki anda.

❤️ . Mewangikan rambut
Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala (rambut). Biarkan beberapa minit, kemudian barulah anda cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.

Itulah beberapa kelebihan limau nipis ini. Semoga sedikit sebanyak maklumat mengenai Tips kesihatan menggunakan limau nipis ini dapat membantu anda di luar sana untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat serta ceria.
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top