Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Isnin, 13 Januari 2020

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi - Puteri Balqis, kemunculan pelakon cilik ini di program Bersamamu pada 12 Januari lalu telah mendapat perhatian ramai pihak mengenai kehidupannya. Puteri Balqis mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga dia terpaksa ikat perut dan menjual buku hasil tulisannya demi sesuap nasi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai artis cilik berbakat besar ini ? Baca ni siapakah puteri balqis - ketahui biodata peribadi miliknya.

Seorang individu bernama Hanna Lola Azlan adalah insan yang memberi bantuan kepada Puteri Balqis dan juga ibunya. Kos pengeluaran buku-buku tersebut diberikan sepenuhnya kepada keluarga Puteri Balqis bagi menampung hidup serta rawatan kepada penyakitnya itu.

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi

Perkongsian kisah derita keluarga puteri balqis azizi


Kisah ini dikongsikan oleh seorang pemilik facebook Hanna Lola Azlan yang juga merupakan rakan kepada mak aqish. Beliau berkata,...
mak aiiih banyak betul mesej new Whatsapp masuk. Terima kasih kerana sudi membantu Puteri Balqis dengan membeli buku '38Poems of Puteri Balqis'. Tak kurang juga ada yang Whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa ibubapa serta keluarga terdekat tak jaga kebajikan Aqish. Ada juga yang marah-marah kenapa Aqish tak ke sekolah ? Habis macam mana masa depan dia ? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk di tanya.

Korang tau tak tips & petua cara membina tulang yang sihat ? Tulang sihat, badan pun cergas.

Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua Whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support. Sedih sangat. Tahu nak menyalahkan je. Nak cerita pun terlalu panjang cerita dia.

Lola sebagai salah seorang kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong terutama Aqish. Sebelum ini mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan. Mereka pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, mereka pun ada maruah juga.

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi 1

Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitau dia yang mereka tak ada duit nak makan. Dah beberapa hari tak makan sebab diorang segan dah asyik minta tolong je. Bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab tak ada duit nak beli makanan. Bukan kerana mak dia tak nak kerja, tapi tak boleh nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu.

Sampai la satu hari mak Aqish telefon Lola, dia jumpa buku nota Aqish ala-ala diary, tapi penuh dengan 'quotes'. Dia beritahu boleh la masukkan 'quotes' ni dalam buku Planner 2020 kau nanti. Lola cakap haaa okey jugak tu, mesti Aqish suka. Tapi bila mak Aqish hantar gambar-gambar 'quotes' tu di Whatsapp. Lola kata tak sesuai untuk buku planner sebab 'quotes' ni sedih dan 'deep' sangat. Apa kata kita buatkan buku 'Quotes' Aqish terus.

Memandangkan mereka memang tak ada duit, jadi Lola sanggup keluarkan modal sendiri untuk membantu mereka sekeluarga, keuntungan memang sepenuhnya untuk mereka. It takes a month untuk siapkan buku tu, Aqish excited sangat-sangat, tapi since kami jual online je di IG Aqish @ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, jadi tiada sambutan, semangat Aqish kembali down.

Tapi Alhamdulillah pada bulan pertama jualan, diorang dapat bayar beberapa hutang dan bill penting. Masa Lola buat buku Planner 2020, Aqish hantar lagi motivated quotes, dengan itu la terhasilnya 'Planner 2020 No Regrets' tu, buku paling last Lola print.

Sebab Aqish cakap boleh tarik orang untuk beli 1 set dengan buku 'Poems' tu. Kemudian Aqish and mak dia kembali bersemangat, turun KL jual buku di tepi jalan. Terima kasih lagi sekali kepada semua yang sudi membantu dengan membeli buku '38Poems of Puteri Balqis'.

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi 2

Mekap tebal-tebal tapi nampak tak cantik, jangan gundah. Baca 4 kesalahan mekap yang sering dilakukan kaum wanita ini.

Kehidupan puteri balqis @aqish bersama ibu


Aqish mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sejak tahun 2009, nama pelakon cilik Puteri Balqis pasti tidak asing lagi di kalangan kita semua. Bahkan terdahulu, bakat kecil ini menggalas watak dalam drama memang sangat mantap sehingga mampu meruntunkan jiwa orang ramai.

Namun pada sekitar tahun 2018, peminatnya dikejutkan dengan berita sedih bahawa Balqis mengalami masalah kanser. Meskipun perit, tetapi ibunya memberikan gambaran bahawa Balqis kuat menerima ujian tersebut. Semenjak dari itu, aqish lebih kerap tulis buku daripada berlakon Setelah sekian lama wajah Puteri Balqis tidak keluar menghiasi kaca televisyen, laporan yang dikongsikan oleh Instagram | Harian Metro nampaknya mendapat perhatian ramai.

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi 3

Melalui temu bual bersama pelakon kanak-kanak tersebut, rupanya dia lebih sibuk melibatkan diri menerusi bidang penulisan dan penjualan buku selama ini. Kali terakhir berlakon adalah pada 2018, namun anak kecil ini mengakui sangat gembira saat menulis buku di samping dapat menghabiskan masa bersama ibunya yang tercinta.

Bahkan pekerjaan itu dibuat demi menampung kehidupannya sehingga sekarang. Menurutnya lagi, dia dan ibunya akan berulang alik menggunakan kenderaan awam untuk menuju ke lokasi jalanan bagi menjual buku berkenaan. Bercakap mengenai tahap kesihatannya kini, Balqis menjelaskan dia mempunyai gangguan kesihatan dalaman dengan pelbagai kesan sampingan yang membuatkan dirinya lemah.

Kisah derita keluarga puteri balqis azizi 4

Balqis dn ibunya pernah tidur di kaki lima dengan golongan yang tak bernasib baik. Kami sentiasa berdua. Puteri dengan ibu sahaja. Kebanyakannya tinggalkan kami bila kami jatuh. Pasti ada kemenangan buat kami. Itulah kata-kata aqish yang menguatkan keazaman dan semangat mereka berdua.

Anda stress ? Ketahui bagaimana tubuh kita menghadapi stress dan langkah menanganinya. Wajib ambil tahu ye ...

Aqish gembira jual buku di jalanan bersama ibu




Kemunculan Aqish dalam rancangan Bersamamu TV3




Kemunculan Aqish dalam rancangan Malaysia Hari Ini MHI


Jumaat, 10 Januari 2020

Cara solat sunat dhuha & Doa dalam rumi serta kelebihannya

Cara solat sunat dhuha & Doa dalam rumi serta kelebihannya - Solat sunat dhuha adalah solat sunat yang digalakkan untuk dikerjakan serta mempunyai banyak kelebihan bagi mereka yang melaksanakannya. Selain solat fardhu lima waktu yang wajib didirikan oleh umat Islam, terdapat juga berbagai jenis solat sunat yang dapat dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk menambahkan amalan serta pahala.

Antara solat sunat tersebut ialah solat sunat dhuha yang boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau sehingga 12 rakaat (setiap dua rakaat satu salam sebaiknya). Ianya boleh dilakukan bermulanya dari terbitnya matahari sehinggalah sebelum matahari tegak berada di atas kepala.

Cara solat sunat dhuha & Doa dalam rumi serta kelebihannya

Cara solat sunat dhuha

  • Niat
  • Bacaan al-fatihah
  • Surah pada rakaat pertama
  • Surah pada rakaat kedua
  • Memberi salam
  • Doa solat sunat dhuha

Kaedah /cara mengira waktu dhuha


1. Waktu Syuruk ditolak dengan waktu solat Subuh, kemudian dibahagi tiga dan seterusnya ditambah 15 minit sebagai Ihtiyati (berhati-hati).

*Contoh*

Waktu Subuh : 5.41 pagi
Waktu Syuruk : 7.04 pagi
7.04 pagi – 5.41 pagi = 123 minit
123 minit ÷ 3 = 41 minit
7.04 pagi + 41 minit = 7.45 pagi
7.45 pagi + 15 minit (Ihtiyati) = 8.00 pagi

Oleh demikian, waktu Dhuha adalah pada jam 8.00 pagi

2. Menambahkan 25 minit lagi selepas waktu Syuruk.

*Contoh*

Waktu Syuruk : 7.04 pagi
7.04 pagi + 25 minit = 7.29 pagi

Oleh demikian, waktu Dhuha adalah jam 7.29 pagi

Sebelum itu, ketahui bagaimana tubuh kita menghadapi stress & cara mengatasinya. Siapa tahu, sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda.

Langkah menunaikan solat sunat dhuha


❤️ . Lafaz niat solat dhuha
Lafaz niat solat dhuha

❤️ . Rakaat pertama solat
✔️ . Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz AllahuAkbar disertakan dengan niat di dalam hati
✔️ . Membaca doa iftitah
✔️ . Membaca surah Al-Fatihah
✔️ . Disyorkan membaca surah Asy-Syams (atau surah Al-Kafirun)
✔️ . Rukuk dan Iktidal
✔️ . Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

💠 . Surah Asy-Syams
Surah Asy-Syams

❤️ . Rakaat kedua solat
✔️ . Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
✔️ . Membaca surah Al-Fatihah
✔️ . Disyorkan membaca surah Ad-Dhuha (atau surah Al-Ikhlas)
✔️ . Rukuk dan Iktidal
✔️ . Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

💠 . Surah Ad-Dhuha
Surah Ad-Dhuha

❤️ . Duduk tahiyyat akhir

❤️ . Memberi salam

❤️ . Membaca doa solat sunat dhuha

Ibu hamil atau bakal ibu ? Baca 3 khasiat buah delima bagi ibu mengandung ini. Sangat bermanfaat ye..

Doa dalam rumi solat sunat dhuha


Doa dalam rumi solat sunat dhuha

Maksudnya :
Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

💠 . Video doa solat sunat dhuha


Doa Rasulullah SAW selepas Solat Sunat Dhuha


Dari Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW setelah selesai solat sunat Dhuha, baginda mengucapkan :

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
Allahummaghfir-li Watub’Alayya, Innaka Antattawabur-Rahim

Maksudnya :
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang

…sampai beliau membacanya seratus kali (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, No. 619)

Dalil mengenai solat sunat dhuha


Nabi S.A.W. telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A. agar tidak meninggalkan Solat Dhuha melalui hadis bermaksud ;

Kekasihku (Muhammad S.A.W.) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.
*[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]*

Kelebihan menunaikan solat sunat dhuha

  • Urusan harian dipermudahkan
  • Dilimpahi dan murahkan rezeki
  • Cara paling mudah untuk bersedekah
  • Memperoleh pahala umrah
  • Mendapat pengampunan dosa
  • Sebagai motivasi pagi
  • Rutin harian untuk menyihatkan tubuh badan, rohani serta minda

Sembahyang sunat dhuha ini amat digalakkan kerana ianya merupakan amalan yang membuka pintu-pintu rezeki agar seseorang itu dikurniakan kemurahan serta keberkatan rezeki.

Selain itu, menunaikan solat sunat dhuha dapat memberikan ketenangan dalam diri dan memperoleh keampunan daripada Allah SWT - Cara solat sunat dhuha & Doa dalam rumi serta kelebihannya

Isnin, 18 Mac 2019

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi - Gemuk air adalah istilah biasa kita dengari. Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan jenis gemuk air ini, anda bertuah kerana amat senang sekali untuk mengatasinya. Namun, pastikan kalian tahu perbezaan di antara gemuk air dan gemuk lemak. Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama untuk wujud dalam tubuh badan.

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi

Jadi, bila bangun daripada tidur dan berasa lebih gemuk, mungkin ia bukanlah lemak tetapi air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka, jika berat berubah dalam semalaman, tak perlu la nak risau sangat sebab ianya bukan lemak.

Punca masalah Gemuk

  • Pengambilan makanan tinggi kandungan garam.
  • Tekanan kehidupan/stress berlebihan.
  • Senaman intensiti tinggi tanpa rehat yang cukup.
  • Terlalu banyak fiber atau serat dalam pemakanan.

Baca juga : tips & petua cara rajin bangun pagi

Cara mengatasi masalah Gemuk

  • Kurangkan pengambilan minuman berkarbohidrat.
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Ambil makanan produk diuretik untuk tingkatkan pembuangan urine.
  • Amalkan senaman ringan di waktu pagi.
  • Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.
  • Amalkan makan pisang tiga kali sehari.

Ketahui rahsia : Petua cara menghilangkan bau badan

Kesan menghadapi masalah Gemuk

Masalah kegemukan terutama gemuk air sangat-sangat merunsingkan. Apa tidaknya, segala pergerakan yang kita lakukan akan menyebabkan kita berpeluh serta merasa dahaga. Antara masalah lain yang ketara dialami adalah bau badan meningkat disebabkan kekerapan kita berpeluh. Mudah penat serta hilang keyakinan diri.

Oleh yang demikian, usahakanlah untuk lakukan senaman ringan setiap hari waktu pagi seperti lari setempat selama lima minit. Anda akan rasai perubahannya. Disamping itu, kurangkan juga pengambilan garam dan amalkan pemakanan sihat seperti buah serta sayuran.

Info lanjut boleh kunjungi website ini remaja | ketahui-punca-gemuk-air-atasinya-dengan-8-cara-ini

Rabu, 24 Oktober 2018

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Punca penyakit asma & Cara mengatasi - Asma/ Asthma/ Lelah merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku dikalangan 8 - 10 % kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak ini akan mengadu sukar untuk bernafas, batuk berpanjangan, tidak boleh tidur malam dan juga nafas berbunyi.

Penyakit asma pada kanak-kanak merupakan salah satu penyakit kronik jangka panjang yang memberi kesan serta berkait rapat kepada fungsi paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Kanak-kanak yang menghidapi penyakit asma juga akan cepat menjadi letih dan tidak boleh terlalu aktif semasa melakukan aktiviti bersifat fizikal.

Punca penyakit asma & Cara mengatasi

Apa itu penyakit Asma/ Asthma/ Lelah


Asma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi.

Peringkat kedua asma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal kanak-kanak itu tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.

Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan kanak-kanak itu mempunyai tumbesaran yang terganggu.

Penyakit asma menyebabkan batuk yang kuat dan beterusan kepada kanak-kanak. Batuk ini biasanya menjadi lebih teruk pada waktu tengah malam dan di awal pagi.

Baca juga : Tips petua cara membina tulang yang sihat

Punca terjadinya Asma/ Asthma/ Lelah

  • Alahan kepada sesetengah jenis makanan.
  • Habuk, hama dan bulu binatang.
  • Perubahan cuaca yang tidak menentu.
  • Masalah jerebu yang teruk.
  • Jjangkitan kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection).
  • Kerap terdedah kepada asap rokok.
  • Keturunan salasilah keluarga.

Tanda-tanda penyakit Asma/ Asthma/ Lelah

  • Batuk berpanjangan pada malam hari atau cuaca sejuk.
  • Pernafasan berbunyi (wheezing).
  • Sesak pernafasan serta sakit dada.
  • Kesukaran untuk bernafas ketika menjalani aktiviti harian.
  • Sering tercungap-cungap apabila bercakap.
  • Berasa lesu/letih sentiasa.
  • Kurang selera makan.

Info menarik : Rahsia cara mengatasi punca jerawat di muka kini terbongkar

Cara mengatasi masalah Asma/ Asthma/ Lelah

  • Menjauhi faktor-faktor penyebab asthma.
  • Ambil tahu penggunaan inhaler.
  • Bertindak dengan pantas dan tidak berlengah.
  • Minta pendapat dari orang ketiga seperti doktor/ahli perubatan.

PERINGATAN: Simpan inhaler di tempat yang mudah dicari ketika berlaku kecemasan dan pastikan juga bekalan ubatan sentiasa mencukupi, dalam keadaan baik serta belum tamat tempoh.

Kesan menghidapi Asma/ Asthma/ Lelah

Antara tanda mudah mengesan penyakit asma pada kanak-kanak adalah batuk yang tidak henti-henti walaupun telah diberikan minum ubat batuk. Batuk yang berpanjangan ini jika dibiarkan oleh ibu bapa boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru terutamanya apabila kahak mula terhasil.

Hal ini sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan tersumbatnya sistem saluran paru-paru. Ibubapa atau penjaga ditegaskan untuk segera membawa anak ke hospital bagi berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan serta tindakan rawatan susulan.

Info lanjut boleh kunjungi website ini momma-nutrition | penyakit-asma-pada-kanak-kanak.

Jumaat, 13 April 2018

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ?


Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ? Semua ibu bapa di luar sana inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tiada siapa mahu perkara yang buruk terjadi pada si penyeri rumahtangga ini. Oleh kerana itu, kita sanggup melakukan apa saja untuk mendidik dan mengasah bakat mereka sejak kecil.

Namun, persoalannya kini adakah cara membesarkan anak yang bijak berjaya ini melalui kasih sayang mahupun disiplin ! Terdapat juga ibu bapa di luar sana menjadikan anak mereka seperti robot dan tidak kurang juga menjadikan anak mereka sebagai satu 'senjata persaingan' di kalangan masyarakat setempat.

Betulkah tindakan kita mendidik anak sebagai ibu bapa ?

Apakah kesan dan hasil pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak ?

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin

Info terbaik : bagaimana tubuh kita menghadapi stress & cara mengatasinya

Anak pintar berjaya - Kasih sayang atau disiplin ?


Kajian baru-baru ini mendedahkan ibu bapa harus memberi kasih sayang yang secukupnya, berbanding terlalu tegas dengan disiplin yang ketat. Ini kerana tumbesaran anak-anak melibatkan 3 perkara penting yang boleh menjejaskan kebijaksanaan mereka kelak.

Bigthink ada mengupas hal ini dengan tajuk yang sangat hebat iaitu 'how to raise genius kids'

3 kunci besarkan anak bijak berjaya


Kasih sayang ibu bapa adalah kunci besarkan anak yang bijak. Anak akan membesar dengan bijak jika mereka diberi kasih sayang sepenuhnya berbanding tindakan tegas yang mana 90% darinya kita larang anak kita untuk lakukan.

Ya, mereka mungkin perlu berlatih selama beberapa jam untuk mahir. Tapi, kanak-kanak membentuk memori childhood untuk membesar dengan lebih bijak.

Jadi, sejak kecil lagi mereka akan belajar dari 3 teknik ini untuk menjadi bijak :
  • pembelajaran dengan ibu bapa
  • contoh yang diberi dari ibu bapa
  • pembentukan identiti sendiri selepas melihat ibu bapa

Rugi tak baca : tips & petua cara membina tulang yang sihat

Malah, dari ibu bapa juga, anak-anak akan mengambil contoh terhadap sesuatu tingkah laku. Mungkin dia akan ikut si bapa yang suka bermain game di telifon bimbit, atau ikut si ibu yang cerewet dan kuat membebel.

Kemudian, baru mereka membentuk identiti diri mereka sendiri. Semuanya berdasarkan kasih sayang dan disiplin yang kita berikan pada mereka.

cara besarkan anak pintar berjaya genius

Kasih sayang, disiplin atau ego ibubapa ?


Hal ini bukanlah sesuatu yang baru terjadi namun ianya adalah sebahagain dari lumrah kehidupan. Dewasa ini, ramai ibubapa mengetepikan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak.

Kenapa ? kurangnya pengetahuan keibubapaan dengan menggangap mendisiplinkan anak dengan memaksa mereka melakukan sesuatu yang kita rasa penting untuk masa depan mereka, ataupun ego ibubapa yang tidak mahu kalah dengan kelebihan anak orang lain ?

Apa yang penting adalah kegembiraan anak-anak. Jika anak dipaksa untuk jadi bijak, mereka akan tertekan. Jika mereka dipaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak mereka minati, mereka akan memberontak.

Lepas bersalin ? : tips & petua agar luka jahitan bersalin cepat sembuh

Pada tahun 1960-an, seorang pakar psikologi telah mengkaji bagaimana ingin mencipta kecemerlangan dalam diri seseorang. Pelbagai teori dikeluarkan namun belum dapat dipastikan keberhasilannya.

Laszlo Polgar merupakan seorang individu yang mengikuti perkembangan kajian tersebut. Beliau berasa kagum dan yakin dengan kejian yang dilakukan itu. Beliau juga ada menulis sebuah buku bertajuk 'Bring Up Genius!'

Beliau kemudiannya berkahwin dengan buah hatinya, Klara. Mereka ingin membuktikan kajian Polgar, lalu mereka memilih kaedah permainan catur kerana kedua ibu bapa ini bukanlah pemain catur. Perkahwinan mereka sangat bahagia sehingga Klara melahirkan 3 anak perempuan hasil perkahwinan mereka.

Anak Klara dan Polgar kini menjadi 3 beradik perempuan paling genius dalam sejarah permainan catur! startuptown | want your children to succeed ada mengulas mengenainya di laman blog mereka.

3 beradik perempuan genius permainan catur

Bagaimana mereka melatih 3 beradik perempuan genius permainan catur ? Mereka tak buat apa pun sebenarnya. Teknik mereka adalah dengan membiarkan anak menunjukkan minat mereka yang tersendiri dalam masa yang sama, mereka memberi contoh yang bagus.

Setiap hari, catur akan menjadi permainan yang menyeronokkan untuk mereka sekeluarga. Polgár melatih anaknya untuk “kegembiraan” dan bukannya “kesempurnaan”.

Menurut Polgár – perkara penting di sini adalah untuk anak-anak gembira. Memang semua ibu bapa mahu anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau sesuatu bidang. Tapi menekan dan memaksa mereka dengan disiplin yang ketat bukan caranya.

Hothousing atau mengajar anak tentang sesuatu di usia muda juga bukan jawapannya. Ia akan buat mereka lebih sunyi dan mementingkan diri sendiri. Tambahan pula sikap segelintir ibu bapa yang mempunyai ego terlalu tinggi yang tidak mahu kalah dengan anak orang lain.

Anak si A pandai menyanyi, maka ibubapa ego tinggi ini pun menghantar anaknya mengikuti kelas nyanyian sedangkan anaknya itu pandai dan memang minat melukis. Sepatutnya mereka menghantar anaknya mengikuti kelas lukisan, mungkin satu hari nanti anaknya akan menjadi seorang arkitek, pelukis pelan ataupun pereka pakaian dan mungkin juga pelukis animasi.

Morning sickness ? : tips & petua cara rajin bangun pagi kini terbongkar

5 kunci penting untuk besarkan anak yang pintar


  • Galakkan anak-anak untuk bermain permainan atau membuat sesuatu yang dia suka sejak usia 7 tahun.
  • Tunjukkan kasih sayang anda sejak mereka berusia bawah 5 tahun.
  • Anggap kemahiran mereka tak terbatas (fikir positif).
  • Rancang aktiviti yang menyeronokkan. Jangan asyik rasa dengki dengan kelebihan anak orang lain.
  • Menjadi contoh serta ikutan yang baik kepada anak-anak.

Percayalah, dengan didikan dan kasih sayang yang sepenuhnya dari anda – nescaya anak-anak akan berjaya dibesarkan menjadi bijak lagi baik hati. Fokus kepada kelebihan dan kekurangan anak, bantu mereka dan atasi kekurangan mereka.

Beri mereka peluang untuk menggunakan otak yang mereka ada untuk berfikir, secara tidak langsung hal ini akan mempercekapkan 'motor skills' mereka. Ini juga merupakan salah satu langkah besarkan anak bijak dengan melatih motor skills mereka.

Didiklah mereka seperti orang dewasa dan bukannya kanak-kanak. Jangan terlalu kerap membantu mereka sehinggakan makan pun perlu bersuap, akan tetapi latih dan motivasikan mereka disamping melakukan aktiviti-aktivit yang menyeronokkan bersama.

Selasa, 10 April 2018

10 pantang larang ibu hamil wajib tahu


Info petua tips 10 pantang larang ibu hamil wajib tahu. Kehamilan merupakan saat yang mengembirakan terutama bagi ibu yang pertama kali mengandung anak pertama. Pelbagai perasaan serta pengalaman dapat dialami sehinggakan kadang-kala kita terleka dan lalai sehingga kita melakukan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika dalam proses kehamilan.

10 pantang larang ibu hamil wajib tahu

Info menarik : Bagaimana tubuh kita menghadapi stree & Cara mengatasi

Apa itu kehamilan \ ibu hamil


Kehamilan ibu hamil adalah suatu keadaan membawa satu atau lebih embrio atau fetus oleh mamalia betina, termasuk manusia, dalam tubuh mereka. Dalam kehamilan, kemungkinan berlaku kehamilan serentak (sebagai contoh, dalam kes kembar dua, atau kelahiran kembar lebih dari dua). Kehamilan manusia juga merupakan kehamilan yang paling dikaji diantara kesemua kehamilan mamalia.

Kehamilan manusia berlansung sekitar 9 bulan antara tarikh kitaran haid terakhir dan kelahiran (38 minggu dari tempoh persenyawaan). Istilah perubatan bagi wanita mengandung adalah genetalian, sebagaimana istilah perubatan bagi bayi adalah embrio (minggu awal) dan kemudiannya fetus (sehingga lahir). Wanita yang hamil buat kali pertama dikenali sebagai primigravida atau gravida 1: seorang wanita yang tidak pernah mengandung adalah dikenali sebagai satu gravida 0; serupa dengan istilah para 0, para 1 untuk penghamilan kali kedua dan seterusnya.

Dalam takrif-takrif perubatan dan sah dalam masyarakat, kehamilan insani adalah agak secara arbitrari terbahagi kepada tiga tempoh trimester, sebagai satu cara untuk memudahkan rujukan kepada perkembangan janin daripada pelbagai peringkat. Trimester pertama ialah tempoh di mana risiko tertinggi keguguran (kematian biasa embrio atau fetus) boleh berlaku. Trimester kedua ialah semasa perkembangan fetus boleh mula dipantau dan didiagnosis. Trimester ketiga ialah permulaan kebolehhidupan seseorang insani, atau kebolehan fetus untuk terus hidup, dengan atau tanpa bantuan perubatan, dan berada di luar rahim ibu. - wikipedia | kehamilan ibu

Sebaik sahaja kita dapat tahu yang kita hamil, perasaan kita bercampur baur. Gembira sebab bakal menimang cahayamata, risau sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang tempoh 9 bulan.

Ada beberapa perkara yang perlu kita jauhi demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.

10 pantang larang ibu hamil wajib tahu


1. Merokok
merokok akan meningkatkan risiko bayi kurang berat badan semasa lahir dan juga baby pra matang. Jadi kalau boleh berhentilah merokok secara perlahan-lahan sekiranya anda ibu yang merokok.

2. Alkohol
minuman beralkohol boleh membahayakan nyawa bayi anda. Bagi mereka yang beragama islam pula, ianya adalah 'HARAM'.

3. Kafein
Kajian menunjukkan pengambilan kefein yang terlalu banyak boleh menyebabkan keguguran dan juga kelahiran baby yang kurang berat badan. Kalau nak minum juga, pastikan pengambilan tidak lebih daripada 300mg sehari.

4. Toxoplasmosis
Parasit ini hidup dalam susu dan cheese yang tidak dipastuer, daging yang tidak berapa masak, najis kucing dan juga tanah tempat kita tanam sayur-sayuran.

Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran ataupun kecacatan kepada kandungan. Ini boleh dielakkan dengan membasuh buah-buahan dan sayuran dengan cermat dan bersih serta masak daging sehingga betul-betul masak.

Kisah tauladan : Seorang petani menemui mata air ajaib

5. Ubat-ubatan
Jangan ambil ubat-ubatan tanpa nasihat doctor. Walaupun pening kepala, silalah rujuk kepada doctor.

6. Paracetamol
Paracetamol boleh diambil semasa hamil, namun perlu diingatkan yang pengambilan dadah perlulah dielakkan terutamanya semasa kandungan berusia 12 minggu kecuali atas nasihat doctor.

7. X-ray perut
X-ray mempunyai radiasi yang berbahaya kepada bayi dalam kandungan. X-ray gigi boleh dikategorikan sebagai selamat namun harus diingatkan yang anda perlu sentiasa memberitahu doctor yang anda hamil. Sekiranya rawatan gigi tidak terlalu urgent, doctor anda mungkin akan menangguhkan rawatan buat seketika.

8. Jacuzzi dan sauna
Ini perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan suhu badan anda meningkat dengan cepat. Hal ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan dan lebih teruk lagi berlakunya pendarahan.

9. Penyakit berjangkit
Virus penyakit berjangkit ini boleh membahayakan ibu dan bayi. Cepat-cepat rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mereka sekiranya anda menghidapinya. Contoh chicken pox !

10. Perjalanan jauh
Ibu hamil yang travel menggunakan kapal terbang mempunyai risiko yang kecil tetapi agak merbahaya dalam membentuk Deep Vein Thrombosis (DVT- nama saintifik untuk darah beku). Darah beku ini boleh membahayakan nyawa sekiranya sampai ke peparu.

Sekiranya anda terpaksa travel, minum air yang banyak, pakai stokin, bangun dan berjalan-jalan dengan kerap sekurang-kurangnya sejam sekali untuk betulkan peredaran darah.

Sekiranya anda travel menggunakan kereta, pastikan lakukan perkara yang sama.

Untuk wanita : tips petua cara besarkan payudara - selamat & cepat

Ibu-ibu semua, sayang dengan kandungan anda ? Kalau sayang, elakkanlah melakukan 10 pantang larang kehamilan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku bukan sahaja kepada bayi dalam kandungan bahkan kepada ibu hamil.

Ahad, 7 Januari 2018

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi - Stress adalah keadaan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan situasi ini adalah perkara biasa namun hakikatnya gejala serangan stress ini bukanlah sesuatu yang kita boleh pandang mudah dan ambil ringan.

Bak kata pepatah melayu lama, 'gula sentiasa manis, penyakit tetap sakit'.

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi

Bagaimana tubuh kita menghadapi Stress


Seringkali kita mendengar tentang bagaimana cara menangani stress supaya ia tidak membarah dalam diri dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit seperti depression, tekanan darah tinggi, ulser, lemah jantung , impotensi dan sebagainya.

Stress ditakrifkan sebagai respons badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca stress boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk menghadapinya.

Baca juga : Tips & petua cara rajin bangun pagi

Dua (2) kategori utama Stress - Eustress & Distress


Eustress adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seseorang seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah.

Distress pula adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain.

Dalam erti kata mudah,
Eustress = kesan positive
Distress = kesan Negative

Tiga (3) tahap utama Stress


Tahap Pertama - ‘ Alarm Phase ’
Apabila berhadapan dengan stressor, bahagian serebral korteks akan meransang hipotalamus di otak. Ransangan ini menyebabkan sistem saraf simpatetik diaktifkan. Keadaan ini akan menguja kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon epinefrin atau adrenalin.

Hormon ini akan bertindak serta-merta. Akibatnya jantung akan berdegup dengan lebih cepat, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan bertambah, berlaku dilat bronkiol iaitu pembesaran anak mata untuk membantu penglihatan dan berlaku proses glikogenolisis iaitu proses pemecahan glikogen membentuk glukosa yang akan membekalkan banyak tenaga kepada mangsa.

Di samping itu, hormon akan meningkatkan fungsi otot menjadikan otot lebih kuat dan bersedia untuk bertindak. Kesan sampingan turut terhasil iaitu mulut menjadi kering dan berasa mual.

Cuba bayangkan anda dikejar anjing liar. Anda berlari sekuat hati, keletihan, panik dan mungkin pitam, tercungap-cungap, berdebar-debar dan jantung anda berdegup dengan terlalu pantas. Inilah contoh mudah reaksi badan kita terhadap stressor.

Minat artis ? - Siapakah Khai Bahar - Ketahui biodata peribadi miliknya

Tahap kedua - ‘ Resistance Phase ’
Setelah badan berhadapan dengan stressor dalam jangkamasa yang lama, berlaku perubahan dalam fisiologi badan di mana individu akan menyesuaikan diri dengan stressor . Pada fasa ini, saraf parasimpatetik yang mengatur suap balas negatif akan mengurangkan perubahan tadi dan mengawal sistem dalaman supaya kembali normal.

Secara am-nya, pada fasa ini tubuh dan minda akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Semakin banyak beban yang kita tinggalkan, semakin tenanglah tubuh dan minda kita.

Tahap ketiga - ‘ Receiver Phase ’
Pada saat badan dan minda kita berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang positif, inilah masanya kita akan melangkau ke tahap seterusnya. Kita akan mulai mengawal emosi (stressor) yang mana pada mulanya kita dikawal oleh emosi atau stressor.

Apabila kita telah berjaya mengawal emosi, tubuh badan akan menjadi tenang dan aman. Secara perlahan, tenaga dan aura positif kita dipulihkan. Suhu badan menurun, beban tekanan berkurang, senyuman dan tangisan mulai mengambil tempatnya.

Cara mengatasi masalah Stress

  • Menghirup udara segar.
  • Segera minum segelas air suam.
  • Melihat keindahan alam.
  • Meletupkan belon.
  • Meluahkan perasaan kepada orang tersayang (Ibubapa,keluarga,suami,isteri,rakan).
  • Solat serta mohonlah kekuatan dan ketenangan darinya (Bagi yang beragama Islam)

Info menarik : 5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

Kesan menghidapi Stress

Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan individu menjadi lesu (fatigue) dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan baik. Dan jika stress yang datang tidak dihentikan, individu tersebut berpotensi mendapat penyakit ulser atau hipertensi.

Lebih menakutkan lagi, potensi untuk menghidapi gejala sawan dan kecelaruan fikiran adalah sangat tinggi. Oleh demikian, adalah penting untuk kita segera mengangani stress yang melanda bagi mengelakkan kemudaratan pada diri dan orang di sekeliling kita.

Info lanjut boleh kunjungi website ini webmd | kesan stress terhadap tubuh badan

Khamis, 14 Julai 2016

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita - Kaum wanita sememangnya sinonim dengan kecantikan. Antara alat solek kecantikan yang utama adalah mekap.

Dahulunya, mekap sering dikaitkan dengan golongan wanita namun dewasakini golongan lelaki juga tidak kurangnya dalam pengaplikasian mekap di wajah agar tampak lebih segak dan anggun.

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

Ketahui : tips & petua cara rajin bangun pagi

4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita

Tanpa disedari kita sering melakukan kesilapan dalam mengenakan mekap di wajah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan mekap yang dikenakan tidak kelihatan berseri bahkan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit wajah.

Kesannya boleh menyebabkan kulit wajah kita kusam tidak bermaya dan berjerawat.

Amalkan : rahsia cara mengatasi & punca jerawat di muka terbongkar

1. Tidak menggunakan pelembap
Inilah asas untuk solekan yang baik namun sering diabaikan. Krim pelembap ini juga sebenarnya akan melindungi bahan kimia yang ada dalam alat kosmetik yang digunakan.

2. Hanya satu jenis foundation
Kebanyakan dari kita hanya menggunakan satu jenis bedak asas atau foundation. Tapi untuk mendapat hasil mekap yang cantik bedak asas ini boleh digabungkan. Pastikan warnanya sesuai dengan kulit.

3. Mengepam maskara
Ia akan membuatkan maskara lebih cepat kering, merekah dan tidak tahan lama.

4. Tidak bersihkan berus mekap
Hampir semua wanita melakukan kesalahan ini. Sama ada berus untuk pemerah pipi, gincu atau pembayang mata ianya tidak dibersihkan. Sebenarnya inilah antara punca wajah anda berjerawat.

Terdapat banyak lagi kesalahan utama ketika mengenakan mekap namun yang sering terjadi adalah 4 kesalahan dan kesilapan mekap yang kami kongsikan kali ini. Ingat..kebersihan muka bukan sahaja selepas mengenakan mekap setelah balik ke rumah namun ianya juga perlu diamalkan ketika hendak memakai mekap.

Artikel ini dikongsikan oleh nona | 4-kesalahan-mekap-perlu-dihentikan-segera dan 4 kesalahan mekap sering dilakukan kaum wanita.

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan - Bagi anda yang sedang dalam misi mengurangkan berat badan ada baiknya mengamalkan lima jenis makanan ini.

Senarai makanan ini dapat membantu membakar kalori dan lemak dengan lebih cepat. Hasilnya, anda akan lebih cepat kurus tanpa perlu menggunakan produk diet dan sebagainya.

bakar lemak dengan makanan | 5 jenis makanan kurangkan berat badan berlebihan

5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan

Inilah dia 5 jenis makanan bagi tujuan bakar lemak dan kalori dalam badan dengan lebih cepat berserta sedikit penerangan ringkas setiap satunya.

1. Epal - Kaya dengan antioksidan dan juga pekctin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita.

2. Cili - Unsur capsaicin yang ada di dalam cili termasuk cili hijau membantu membakar kalori dalam badan dengan lebih cepat.

Amalkan : 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

3. Salmon - Lemak Omega-3 bentuk DHA (Docosahexaenoic acid) berupaya menurunkan berat badan selain meningkatkan kesihatan otak. Asid amino pada ikan ini juga membantu tubuh membakar kalori dengan lebih cepat.

4. Bawang putih - Kandungan allicin dalam bawang putih bukan saja bertindak sebagai antibakteria tapi juga mengurangkan lemak dan kolesterol jahat dalam tubuh badan kita.

Baca juga : 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

5. Teh Hijau - Keberkesanan teh ini untuk menurunkan berat badan memang sudah diperakui sejak dulu lagi. Ia mengandungi antioksidan yang dapat membantu mengurangkan dan menstabilkan berat badan. Untuk kesan lebih cepat minum dua cawan teh hijau sehari.

Perkongsian ini bukan bermaksud untuk mengehadkan pengambilan jenis makanan dalam menu harian anda. Anda masih boleh mengambil jenis makanan yang lain secara sederhana.

Namun, jika anda ingin kurus cepat secara konsisten, amalkan 5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan ini.

Selasa, 5 Julai 2016

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar - Bagi golongan wanita di luar sana sudah pasti ingin kelihatan cantik berseri, menawan dan anggun di pagi raya. Masih belum terlambat lagi sebenarnya untuk merawat kulit wajah anda sebelum raya.

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar

Cantik menawan & kekal anggun di pagi raya

Tak perlu nak habiskan duit beli produk kecantikan ataupun pergi ke spa untuk membuat rawatan kerana anda boleh menggunakan khasiat dari sebiji telur untuk menghapus dan menyelesaikan masalah kulit kusam tidak berseri. Inilah rahsia yang ingin dikongsikan bersama kali ini.

Menghilangkan Blackhead & Whitehead
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatan wajah di spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa ada kalanya menyakitkan.

Cuba petua mudah ini, caranya amat mudah dan berkesan. Rendam kapas muka dalam putih telur. Lekatkan pada wajah yang bermasalah seperti hidung dan dagu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik kapas muka ini secara perlahan-lahan. Anda dapat lihat kotoran blackhead & whitehead melekat pada kapas tersebut.

Menghaluskan Kulit Mudah
Bagi anda yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mencuci muka dengan putih telur. Sapu putih telur di seluruh kawasan muka secara rata, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, basuh muka dengan bersih menggunakan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah anda akan kelihatan halus dan tegang dari biasa.

Jadikan pedoman : kisah tauladan seekor helang & ayam

Mencerahkan Kulit Semulajadi
Kulit muka yang gelap dan tona kulit tidak sekata membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah risau dan sedih, ada cara untuk mengatasi masalah ini.

Campurkan yogurt asli dengan putih telur. Gaul sehingga sebati, kemudian sapu pada seluruh wajah dan leher. Amalkan dua kali seminggu, kulit akan beransur cerah dan berseri secara semula jadi.

Mengatasi Masalah Kulit Berminyak
Cara yang paling berkesan untuk membuang lebihan minyak pada wajah adalah dengan menggunakan putih telur. Campurkan putih telur bersama sedikit perahan lemon dan sapu pada seluruh kawasan muka. Kombinasi bahan alami ini juga dikatakan dapat membantu mengecilkan liang pori-pori wajah.

Menghilangkan Jerawat
Anda berjerawat ? Usah bimbang, gunakan putih telur untuk menghilangkannya. Sapukan putih telur di seluruh kawasan muka anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Petua nenek moyang : tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Lakukan sekerap mungkin sehingga jerawat mulai hilang. Perubahan positif dapat dilihat seawal empat hari. Jerawat semakin kecut dan hilang tanpa meninggalkan parut pada wajah.

Melembapkan Kulit
Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari mudah menjadi kering dan terjadinya 'sunburn'. Bagi mengatasi masalah ini, campurkan putih telur bersama buah avokado yang telah dicincang halus. Gaul sebati dan jadikan masker. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Kulit anda akan kembali lembap dan masalah sunburn akan berkurangan.

Ketahui : tutorial spoiler multitab widget blogspot simple

Menghapus Lingkaran Gelap Bawah Mata
Lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai mata panda sering menghantui wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak cukup tidur dan tekanan.

Kombinasi putih telur dan timun dikatakan dapat mengatasi masalah mata panda ini. Caranya, sapu putih telur pada bawah mata, kemudian lekapkan hirisan timun. Biar selama 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih menggunakan air suam.

Cantik menawan, Anggun berseri bersama Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar.

Jumaat, 1 Julai 2016

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

10 fakta kebaikan lemon pada manusia - Buah lemon mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Bukan sahaja 5 atau 10 bahkan ianya melebihi 50 kebaikan dan manfaat lemon pada manusia.

Untuk pengetahuan, Lemon ialah pokok kecil yang malar hijau (Citrus × limon, selalu diberi nama sebagai C. limon) berasal dari Asia, dan juga nama untuk sejenis buah limau bujur yang berwarna kuning dan tebal kulitnya serta masam rasanya. - Wikipedia | Lemon

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

10 fakta kebaikan lemon pada manusia

1. Senak dan Sembelit
Jus lemon membantu menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan masalah pencernaan dan sembelit. Tambah beberapa titik lemon pada hidangan anda dan ia akan membantu dalam proses penghadaman.

Ia juga bertindak sebagai pembersih darah dan agen pembersihan, jadi minuman yang baik selepas makan tengahari atau makan malam adalah air lemon segar. Anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah beberapa daun pudina, madu ataupun 'asam boi'.

2. Penjagaan Rambut
Jus lemon telah membuktikan dirinya dalam rawatan penjagaan rambut pada skala yang luas. Ianya dipercayai dan diperakui boleh merawat masalah seperti kelemumur, keguguran rambut dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala bahkan ianya juga boleh menjadikan rambut anda bersinar secara semula jadi.

3. Penjagaan Kulit
Jus lemon boleh digunakan sebagai ubat antiseptik semula jadi dan juga boleh menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit. Jus ini boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada kulit terbakar akibat panas terik matahari serta membantu meredakan kesakitan akibat sengatan lebah.

Ia juga baik untuk jerawat dan ekzema. Ia bertindak sebagai ubat anti-penuaan dan boleh menghilangkan kedutan dan bintik hitam pada muka. Minum jus lemon dicampur dengan air suam dan madu membawa sinar cahaya yang sihat untuk kulit secara semulajadi.

Info kini : 6 khasiat & manfaat jintan manis

4. Menghapus Kesan Terbakar
Jus lemon boleh digunakan untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit. Gosokkan buah lemon di kawasan kesan terbakar, insyAllah ianya akan memudarkan kesan/parut akibat terbakar tersebut.

5. Merawat Pendarahan Dalaman
Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan koagulan, jadi ia boleh menghentikan pendarahan dalaman. Anda boleh menggunakan bebola kapas yang bersih dan rendamkan kedalam air perahan lemon segar dan sumbatkan kedalam hidung anda bagi menghentikan pendarahan hidung.

6. Menurunkan Berat Badan
Jika seseorang minum jus lemon dicampur dengan air suam dan madu secara berkala, ia boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana jus lemon boleh membuang toksin dan panas di dalam badan dengan berkesan hingga menyebabkan peredaran darah dan hormon di dalam badan lebih lancar dan konsisten.

7. Melegakan Gangguan Pernafasan
Lemon yang diperakui kaya dengan sumber vitamin C boleh melegakan masalah pernafasan seperti serangan asma dan hidung tersumbat. Campurkan jus perahan lemon dengan air suam dan minum perlahan-lahan.

8. Melegakan Otot Kaki
Lemon adalah ejen aromatik dan antiseptik dan sangat berguna dalam melegakan otot kaki. Setelah seharian penat bekerja dan memandu, luangkanlah masa sejenak bagi melegakan tekanan pada otot kaki dengan mencampurkan jus lemon kedalam air yang sederhana panas dan rendamkanlah kaki anda di dalamnya selama 30 minit.

Ketahui juga : tips & petua cara membina tulang yang sihat

9. Merawat Jangkitan Tekak
Lemon adalah buah yang sangat baik bagi melawan masalah yang berkaitan dengan jangkitan tekak, kerana sifat-sifatnya yang terkenal iaitu anti-bakteria. Masukkan jus lemon dalam menu harian anda jika anda mengalami masalah jangkitan tekak seperti 'kahak' akibat selsema.

10. Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Meminum jus lemon adalah berguna untuk orang yang mengalami masalah jantung, kerana ia mengandungi kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, dan loya, kerana ia menyediakan sensasi menenangkan untuk kedua-dua minda dan badan. Ia biasanya digunakan untuk mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.

>> Dikongsikan oleh organicfacts | health-benefits-of-lemon.

Ini hanyalah sebahagian dari beberapa kebaikan serta manfaat yang boleh kita perolehi dari buah lemon. Selain buah lemon, terdapat juga buah yang lainnya yang mengandungi khasiat dan manfaat yang luar biasa hebatnya. 'Hendak seribu daya, taknak seribu dalih', apa yang penting adalah usaha dan keinginan untuk mencari dan mengetahui - 10 fakta kebaikan lemon pada manusia

Rabu, 29 Jun 2016

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar - Beberapa hari lagi dah nak raya. Pasti kaum ibu diluar sana sibuk untuk mempersiapkan sambutan raya kali ini. Ada yang membuat kuih raya, mendekorasi halaman ruang tamu dan sebagainya.

Namun yang pasti, aktiviti wajib yang dilakukan adalah membersihkan rumah. Kita bukan bercerita mengenai lantai yang menggunakan 'tiles' , 'mosaic' dan lain-lain kerana lantai jenis ini lap-lap saja dah kilat, akan tetapi jika menggunakan lantai kayu vinyl ?

Inilah dia teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl yang pasti memberikan kesan yang memberangsangkan.

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl

Bahan/peralatan yang digunakan :
  • 1 cawan Cuka putih
  • 5 titik Minyak bayi (johnson baby)
  • 1 galon air suam
  • 1 baldi besar /besen
  • 1 batang mop set lengkap/ sehelai kain mikrofiber
Viral dikalangan wanita : tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Cara-caranya adalah seperti berikut :
1) Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam baldi besar yang telah disediakan.
2) Celupkan mop/ kain mikrofiber ke dalam campuran itu. Dan perahkan untuk mendapat tekstur mop/kain mikrofiber yang tidak terlalu basah
3) Mop/lap keseluruhan lantai kayu vinyl sehingga anda berpuas hati
4) Bilas lantai sebersih-bersihnya dengan menggunakan air suam. Biarkan kering.

Terkini : Fenomena awan ombak besar melanda negeri sabah

Sedikit penerangan berserta tips :
1) Kandungan asid yang terkandung di dalam cuka putih akan melonggarkan zarah-zarah kotoran. Ini menyebabkan kotoran tersebut dapat ditanggalkan dengan mudah.
2) Kotoran ini yang menyebabkan permukaan lantai kayu vinyl kelihatan kusam dan tidak menarik. Penggunaan minyak bayi pula ia bertindak sebagai polish yang semulajadi.
  • #Sekiranya kotoran lantai begitu ketara, anda bolehlah mencampurkan sedikit dengan pencuci lantai yang bersifat lembut.
  • #Anda boleh menambah essential oil untuk memberikan aroma yang harum pada ruang kediaman setelah dibersihkan/dimop.

Info lengkap derserta gambar boleh dilihat di sini : Impiana | Lantai kayu vinyl berkilat dalam satu cara dan sini : Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar.

Selasa, 28 Jun 2016

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi - Sedu adalah keadaan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan situasi ini melucukan namun hakikatnya kesakitan dan keperitan akibat sedu ini hanya dirasai dan difahami oleh mereka yang mengalaminya sendiri.

Bak kata pepatah melayu lama, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya Sedu

  • Pengambilan minuman bergas secara berlebihan.
  • Ketawa terlalu banyak.
  • Menelan terlalu banyak udara.
  • Makan secara gelojoh (lahap).
  • Berasa bimbang atau teruja.
  • Mengambil alkohol berlebihan.

Baca juga : Tips kesihatan menggunakan limau nipis

Cara mengatasi masalah Sedu

  • Tahan nafas selama beberapa saat secara tenang dan hembus perlahan-lahan.
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu.
  • Bernafas dalam plastik udara.
  • Tenangkan jiwa dan minda.
  • Urut dada perlahan-lahan.

Info menarik : Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Kesan menghidapi Sedu

Jika sedu dihadapi terlalu lama, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan dengan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, dan penyakit metabolik yang merosakkan saraf.

Selain itu, kandungan paras gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat juga boleh menyebabkan terjadinya sedu.

Info lanjut boleh kunjungi website ini majalahsains | mengapa-manusia-tersedu

Ahad, 26 Jun 2016

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar - Jerawat di muka memang tidak asing lagi kerana ia menyerang tanpa mengira usia. Tipulah jika ada yang mengatakan mereka tidak pernah mempunyai masalah jerawat. (bukan tidak ada tapi peratusannya terlalu sedikit kira-kira 0.02% sahaja).

Dalam perubatan cina, masalah jerawat yang keluar di bahagian tertentu di muka mewakili masalah kesihatan pada bahagian-bahagian tertentu dalam badan. Inilah apa yang ingin dikongsikan bersama pembaca kali ini.

Baca juga : Tips & Petua cara rajin bangun pagi

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar


Jerawat di Dahi Atas (Upper forehead)
Punca : Sistem pencernaan dan Pundi Kencing

Cara mengatasi :
  • Tingkatkan pengambilan air mineral (air putih, air kosong, air mati) kerana ia dapat membantu membuang toksin dari dalam badan melalui air kencing dan peluh.
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke (coca cola).
  • Jaga waktu tidur anda agar ia teratur.
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan bahagian atas kepala seperti rambut, tudung, topi, cekak rambut dan lain-lain.

Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca : Jantung

Cara mengatasi :
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air mineral (air putih, air kosong, air mati).
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi.
  • Jika merokok, usahakan untuk mengurangi skala hisapan rokok anda atau berhenti terus dari merokok.

Jerawat di telinga
Punca : Buah pinggang

Cara mengatasi :
  • Tingkatkan pengambilan air mineral (air putih, air kosong, air mati) dari kebiasaannya.
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
  • Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air.

Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca : Hati

Cara mengatasi :
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C seperti kiwi, lada manis, oren dan lain-lain.
  • Cuba elakkan makan lewat malam terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan dapat menghadam makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, dan alkohol, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
  • Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

Jangan abaikan : 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

Jerawat di Pipi Atas
Punca : Paru-paru dan Sistem Pernafasan

Cara mengatasi :
  • Elakkan merokok dan merokok pasif
  • Tingkatkan kekerapan anda bersenam diantara 20-30 minit setiap sesi.
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama kawasan kilang.

Jerawat di Pipi Bawah
Punca : Masalah gusi atau Gigi

Cara mengatasi :
  • Sentiasa jaga kebersihan gigi, memberus gigi menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan lakukan pemeriksaan tetap di klinik pergigian sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat dan bervitamin seperti kubis dan labu, Sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
  • Jangan makan secara berlebihan dan terlalu banyak. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana.
  • Jauhi makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan juga soda.

Jerawat di Tepi Dagu
Punca : Hormon dan kemaluan

Cara mengatasi :
  • Kurangkan dan ubah tabiat makan sebelum tidur.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya.
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal secara konsisten.

Jerawat di Tengah Dagu
Punca : usus kecil dan perut

Cara mengatasi :
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar.
  • Dapatkan rehat yang lebih dari kebiasannya.
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet dan menu harian anda.

Jerawat di Dada dan Leher
Punca : Sistem ketahanan badan

Cara mengatasi :
  • Cuba untuk hilangkan tekanan yang anda alami.
  • Gunakan pakaian yang selesa dan mempunyai pengaliran udara yang mencukupi (elakkan pakaian ketat).
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C dalam diet menu harian anda.

Artikel yang lebih lengkap berserta penerangan boleh baca dekat website dan blog ini :
1. healthdigezt | what does your acne reveal about your health
2. nurulaziyana | punca sebenar jerawat di muka

Jika anda perhatikan, punca dan cara mengatasi jerawat di muka yang dikongsikan adalah saling berkait dan berulang-ulang. Ini kerana saraf dan sistem dalam badan kita berhubung antara satu sama lain. Amalkanlah gaya hidup yang sihat dan atasi segala jerawat yang ada di muka secara menyeluruh.

Hidup sihat, badan cergas dan minda yang cerdas di Rahsia cara mengatasi & Punca jerawat di muka kini terbongkar

Rabu, 15 Jun 2016

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari


Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari - Pasti ramai yang mengetahui bahawasanya ketahanan bau minyak wangi adalah berbeza-beza mengikut jenis dan jenama minyak wangi itu sendiri. Persoalannya, mampukah ia bertahan sepanjang hari ?

Menurut Alexandre Freile, Axe Perfumes Expert dari Fragrance House Firmenich, terdapat kaedah-kaedah tertentu cara menggunakan minyak wangi yang betul agar bauannya tahan lama sepanjang hari.

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari

Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari


Antara kaedah dan teknik semburan minyak wangi yang betul dan tepat bagi mengekalkan kewangian dan keharuman bauannya sepanjang hari adalah seperti berikut :

1. Pastikan anda berada di dalam bilik yang bersuhu normal dan sedikit hangat.

2. Semburkan minyak wangi dari jarak sejengkal dari tapak tangan anda.

3. Semburkan di titik-titik nadi yakni bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku.

4. Gunakan minyak wangi selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.

5. Elakkan menggosok minyak wangi ke dalam kulit anda. Walaupun ini adalah amalan biasa, berbuat demikian akan merosakkan bahan kimia dalam pewangi anda dan mengubah keseimbangan bau wangian pewangi tersebut. Sebaiknya, semburlah sedikit minyak wangi pada kulit dan biarkan ia kering secara semulajadi.



Baca juga :
- Biodata peribadi milik Khai Bahar
- Seorang petani tua menemui mata air ajaib
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Yang murah tak semestinya teruk, yang mahal tak semestinya bagus. Jadilah pengguna yang bijak dan pelajari Rahsia bau minyak wangi tahan lama sepanjang hari ini.

Jumaat, 27 November 2015

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat - Saiz payudara yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan secara tidak langsung keayuan dan keunggulannya tidak menyerlah. Hal ini menyukarkan wanita terbabit untuk berpenampilan menarik dan anggun serta sukar untuk memilih saiz bra yang bersesuaian.

Untuk pengetahuan, wikipedia memaklumkan bahawa Payudara atau buah dada ialah bahagian ventral atas pada tubuh badan manusia. Payudara bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Payudara bagi seorang wanita mula berkembang selepas memasuki alam baligh.

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat


Bagi membesarkan payudara, apa yang perlu dilakukan adalah senaman. Tidak dinafikan banyak produk-produk diluar sana yang menjanjikan pembesaran payudara yang melibatkan pemakanan vitamin dan pil serta terdapat juga jenis krim untuk disapukan di sekitar payudara namun cara senaman ini lebih selamat bahkan menyihatkan tubuh badan.

Payudara besar tapi stamina kurang = KERUGIAN.
Payudara besar tapi antibodi badan lemah = KERUGIAN.
Payudara besar tapi kos pembesaran tinggi = KERUGIAN.

Namun, payudara besar dan sihat tubuh badan = KEUNTUNGAN.

Senaman membesarkan payudara wanita


Senaman push-up - Senaman ini terbahagi kepada dua iaitu push-up untuk lelaki dan juga push-up untuk perempuan. Jika senaman push-up untuk lelaki terlalu berat untuk anda lakukan, pilihlah senaman push-up untuk wanita. Senaman ini menjadikan otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kepadatannya.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran payudara anda berubah saiz menjadi lebih besar dan padat dari sebelumnya namun tetap lembut bila disentuh. Cara besarkan payudara dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

Lakukanlah senaman ini 4-5 kali seminggu dalam masa 5-10 minit lamanya untuk permulaan. Seeloknya senaman ini dilakukan di awal pagi selepas bangun dari tidur. Bila tubuh badan anda sudah boleh menerima senaman ini maka anda bolehlah lakukan senaman ini setiap hari sehingga hasilnya memuaskan.

Penjagaan pemakanan untuk kesihatan payudara


Kacang soya - Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor payudara perempuan. Zat ini juga mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser payudara.

Jauhi arak - Elakkan meminum minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

Sayuran segar - Banyakkan memakan sayur segar seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane. Ia dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

Ikan laut segar - Banyakkan memakan ikan laut segar kerana banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

Bersihkan selalu - Bersihkan payudara secara rutin. Hal ini dapat dilakukan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

Baca juga :
- Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala
- 3 punca utama masalah keguguran rambut
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional
- Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Membesarkan payudara menggunakan masker buatan sendiri


Bukan sahaja wajah muka, akan tetapi payudara juga boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan kelembutannya. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker payudara diantara adalah :

Kacang panjang
Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian payudara kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran payudara.

Yogurt dan telur
Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan payudara, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

Epal dan susu.
Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan payudara. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit payudara menjadi kencang dan padat serta berseri-seri dan tetap lembut.

Peringatan / warning :
Masker ini mungkin tidak bersesuaian bagi sesetengah orang yang memiliki alergik tertentu. Sekiranya terdapat masalah sampingan selepas menggunakan masker ini, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan nasihat dan pandangan serta rawatan sekiranya perlu.

Ahad, 22 November 2015

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala - Sakit pening kepala seringkali mengganggu rutin aktiviti harian kita. Pelbagai usaha untuk mengatasi sakit kepala atau pening kepala ini kita lakukan bermula daripada minum ubat-ubatan sehingga melakukan urutan kepala. Namun sebenarnya ada cara tradisional untuk mengatasi rasa sakit dan pening kepala ini.

Secara amnya, berdasarkan sumber wikipedia - Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher disebabkan oleh tekanan dan keletihan otot.

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

❤️ . Jangan abaikan, ketahui 3 punca utama masalah keguguran rambut serta 6 khasiat & manfaat jintan manis ini. Sangat-sangat bermanfaat guys ...

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala


✔️ . Minum air putih.
Sakit kepala seringkali berlaku dan menyerang disebabkan dehidrasi. Duduk dan berehatlah sebentar, kemudian minum air putih secara perlahan. Air putih memang banyak manfaatnya. Biasakan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan anda sihat dan tentunya terhindar dari kekurangan cecair dalam tubuh badan.

✔️ . Kurangkan menghadap komputer.
Radiasi komputer juga boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Perkara tersebut biasanya berlaku pada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Tinggalkanlah komputer tersebut untuk seketika, lalu pergilah ke luar untuk menghirup udara segar. Usahakan setiap 1 jam sekali melihat pemandangan luar atau melihat sesuatu yang hijau agar mata tidak terlalu letih dan tekanan berkurangan.

✔️ . Bertenang untuk seketika.
Rehatkan diri dan minda anda untuk seketika, pejamkan mata dan tariklah nafas perlahan-lahan kemudian hembuskannya. Lakukan beberapa kali kerana kaedah ini mampu untuk meredakan ketegangan dan tekanan otot muka dan kepala.

✔️ . Minum secawan air teh.
Minumlah secawan air teh, tidak kisahlah teh boh, lipton atau sabah sekalipun asalkan ianya teh dan bukannya teh tarik. Campurkan sedikit hirisan lemon atau limau nipis ke dalamnya dan minumlah perlahan-lahan ketika ia masih lagi panas. Hal ini akan memberi ketenangan kepada tenaga batin dan mengelakkan kita dari mengalami sakit pening kepala.

✔️ . Lembabkan bahagian kepala.
Ambillah tuala kecil dan rendamkan ke dalam air panas kemudian letakkan diatas kepala dan tekap-tekapkan tuala tersebut di sekita wajah. Cara ini akan melembabkan dan meregangkan otot serta mengurangkan tekanan pada bahagian kawasan kepala.

Itulah beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi kesakitan pada kepala. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.. - Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Selasa, 17 November 2015

3 punca utama masalah keguguran rambut

3 punca utama masalah keguguran rambut - Masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samaada wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Menurut sumber panduan kesihatan , secara puratanya terdapat lebih kurang 100,000 rambut pada kulit kepala kita. Setiap rambut yang di hasilkan oleh folikel, tumbuh dengan kadar setengah inci setiap bulan.

Pertumbuhan rambut ini berlaku antara 2 hingga 6 tahun. Selepas itu pertumbuhan rambut terhenti seketika sebelum ianya gugur. Tidak lama kemudian folikel akan menghasilkan rambut baru bagi menggantikan rambut yang telah gugur. Begitulah kitaran rambut kita dan ianya sentiasa berulang.

3 punca utama masalah keguguran rambut

3 punca utama masalah keguguran rambut


Rambut gugur berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut kita terganggu disebabkan oleh folikel rambut yang di musnahkan dan di gantikan dengan tisu yang rosak. Kebiasaannya masalah utama rambut gugur di kaitkan dengan salah satu sebab berikut :
  • Perubahan hormon
  • Penggunaan produk yang tidak sesuai
  • Kekurangan vitamin yang diperlukan
Perubahan hormon.
Perubahan hormon dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan keguguran rambut sementara. Perubahan hormon ini mungkin di sebabkan oleh kehamilan, melahirkan anak atau bermulanya menopause. Tahap hormon juga boleh terjejas di sebabkan oleh masalah kesihatan seperti kelenjar tiroid.

Penggunaan produk yang tidak sesuai.
Rambut juga mudah gugur jika anda sering mewarnakan rambut atau selalu menukar gaya rambut lurus atau kerinting. Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih syampu yang boleh melindungi rambut daripada kerosakan. Jangan terlalu kerap mencuci rambut dan jarakkan penukaran warna dan gaya rambut.

Baca juga :
- Tips cara memerahkan bibir petua tradisional
- Kisah tauladan seekor helang dan ayam
- 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

Kekurangan vitamin yang diperlukan.
Badan kita memerlukan pelbagai vitamin, mineral dan protein untuk mengekalkan rambut yang sihat. Sekiranya kita mengamalkan diet yang tidak seimbang ia akan mempengaruhi pertumbuhan rambut kita dan boleh menyumbang kepada masalah rambut gugur. Amalkan pemakanan yang kaya dengan protein dan vitamin E untuk membuatkan rambut kita kuat dan sihat.

Terdapat juga punca lainnya yang menyebabkan rambut gugur namun 3 punca utama masalah keguguran rambut diatas adalah yang paling lazim menjadi punca utama. Semoga bermanfaat..

Top