Ahad, 1 November 2015

Tips & petua cara membina tulang yang sihat

Tips & petua cara membina tulang yang sihat - Nampak gambar anlene dekat bawah, minumlah susu tersebut setiap hari untuk membina tulang yang sihat. Selain itu, terdapat juga kaedah lain yang bakal di kongsikan bersama di entry ini.

Tips & petua cara membina tulang yang sihat

Senaman untuk membina tulang yang sihat .


Terdapat dua jenis senaman boleh di lakukan iaitu Senaman berat dan Senaman ringan. Tulang adalah tisu hidup yang bertindak pada senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat. Seperti otot, ia akan menjadi lebih besar dan kuat apabila sering digunakan.

Begitu juga dengan tulang. Tulang akan menjadi lebih kuat dan lebih padat apabila anda membuat ia bekerja dan membekalkan nutrien tulang yang betul dan cukup.

Tahu tak apa kebaikan susu ibu kepada ibu dan anak bayi ? Kena ambil tahu ye mommy-mommy ...

Senaman berat

  • Menari
  • Mendaki bukit
  • Berjoging/berlari
  • Melompat tali
  • Menaiki tangga
  • Bermain tenis
Punca penyakit asthma & cara mengatasinya . Anda semua wajib ambil tahu. Jangan abaikan, sesal kemudian dah tak beerguna.

Senaman ringan

  • Menggunakan mesin latihan elips
  • Membuat senaman aerobik
  • Mengemas rumah
  • Membawa anak berjalan-jalan

Itulah beberapa jenis senaman yang boleh di amalkan untuk membina kekuatan dan ketumpatan tulang. Selain itu, pemakanan yang sihat juga memainkan peranan penting dalam proses membina tulang yang sihat.

Makanan sihat untuk tulang yang sihat


✔️ . Hasil tenusu - Susu Rendah Lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju adalah pilihan yang baik. Adalah penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang korang makan. Apabila makanan yang korang makan tidak mengandungi kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium yang diperlukan untuk badan akan diambil dari tulang anda.

✔️ . Ikan - Sardin dan salmon dalam tin merupakan cara baik untuk mendapatkan kalsium. Korang juga boleh mendapat kalsium dengan memakan udang dalam tin. Ikan berlemak seperti salmon, kembung , tuna dan sardin adalah antara cara-cara lain untuk mendapatkan Vitamin D.

✔️ . Buah-buahan dan sayur-sayuran - Beberapa kajian telah mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dengan kesihatan tulang yang lebih baik. Selain itu, ia juga boleh memberi anda sumber vitamin yang diperlukan oleh badan anda. Sesetengah saintis percaya buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

Oleh itu, bersama-samalah kita membina tulang yang sihat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat di masa akan datang. - Tips & petua cara membina tulang yang sihat
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top