Ahad, 1 November 2015

Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Kisah tauladan seekor helang dan ayam - Mengisahkan mengenai seekor helang dan seekor ayam yang tinggal bersama. Suatu peristiwa yang sangat dahsyat telah terjadi semasa kelahiran sang helang ini.

Kisah ini bermula di sebuah perkampungan di kawasan pedalaman, sebuah gunung yang gagah, tinggi dan curam berdiri tegak seumpama raja. Di satu sudut gunung tersebut, terdapat sarang burung helang yang baru bertelur.

Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Di dalam sarang tersebut terdapat empat biji telur burung helang yang menunggu masa untuk menetas. Suatu hari, ianya tidaklah seperti hari-hari yang biasa. Hari tersebut telah berlakunya gempa bumi yang kuat hingga menggegarkan gunung yang gah umpama raja itu.

Ekoran dari kejadian tersebut, sarang burung helang yang ada di situ telah terjatuh ke bawah gunung memasuki kawasan perkampungan di situ. Sarang tersebut telah terjatuh ke dalam reban ayam milik salah seorang penghuni kampung disitu.

Ayam-ayam yang ada di dalam reban itu telah tersalah anggap dan menyangka bahawa telur yang ada disitu adalah telur ayam dan bukannya telur burung helang. Malangnya, hanya sebiji telur sahaja yang berjaya terselamat ekoran kejadian gempa bumi yang hebat dan dahsyat itu.

Telur tersebut dijaga dengan rapi dan penuh kasih sayang. Beberapa hari kemudiannya, telur itu pun menetas dan lahirlah sang helang ke dunia baru. Sang helang dididik dengan baik oleh si ayam. Sang helang sangat seronok dan bahagia berada bersama si ayam yang dianggapnya sebagai keluarganya sendiri itu.

Hari demi hari berlalu, bulan silih berganti, tahun bertukar tahun... Sang helang merasakan dirinya kekurangan sesuatu. Sang helang seolah-olah terasa terpinggir dan merasa dirinya bukanlah seekor ayam.

Suatu hari, sang helang melihat dan merenung jauh ke dasar langit, tiba-tiba dia melihat sekelompok burung helang yang terbang bebas di langit. Sejak hari itu, sang helang menyimpan impian untuk terbang tinggi di langit sepertimana burung-burung helang yang lain.

Satu hari, aku pasti akan terbang bebas seperti burung helang..! , teriak sang helang.

Si ayam terkejut mendengar teriakan sang helang lalu mentertawakannya sambil berkata :

Kau adalah seekor ayam dan ayam tidak akan boleh terbang tinggi..! , kata si ayam.

Kecewa dengan ejekan si ayam, sang helang mendiamkan diri dan menangis. Hari demi hari berlalu, bulan silih berganti dan tahun bertukar tahun. Sang helang mula menerima kenyataan yang dia bukanlah seekor burung helang tetapi seekor ayam.

Sang helang kini hidup seperti si ayam dan menjalani kehidupan sebagai seekor ayam. Bertahun-tahun lamanya hingga suatu hari sang helang bertemu ajalnya. Hingga pada saat kematiaan sang helang, dia percaya bahawa dia adalah seekor ayam dan bukannya burung helang padahal hakikatnya sang helang dalah seekor burung helang dan bukannya seekor ayam.

Tauladan kisah helang dan ayam :  Sentiasa percaya pada diri sendiri dan jangan dengar cakap orang lain. Disamping kepercayaan terhadap diri sendiri itu haruslah ada sikap dan sifat logika.

Percaya diri sendiri dan berfikiran logik serta terbuka, fikirkan baik dan buruknya lalu kejarlah impian. Jangan mudah berputus asa dan jadi seperti sang helang. 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'..

Show comments
Hide comments

2 ulasan

  1. Semoga kisah ini dapat memberikan satu keinsafan pada kita. Jadilah diri kita sendiri yang sebenarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu 'ahmad jais', tapi ingat harus berhati-hati..

      percaya pada diri sendiri tu bagus tapi terlebih percaya pada diri sendiri tu yang tidak bagus dan boleh membawa kepada kebinasaan.

      sepertimana adanya YIN & YANG, seperti itu jugalah diri kita. Kena ada keseimbangan dan kestabilan baru boleh success..

      hehehee..

      Padam


Top