Ahad, 22 November 2015

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala - Sakit pening kepala seringkali mengganggu rutin aktiviti harian kita. Pelbagai usaha untuk mengatasi sakit kepala atau pening kepala ini kita lakukan bermula daripada minum ubat-ubatan sehingga melakukan urutan kepala. Namun sebenarnya ada cara tradisional untuk mengatasi rasa sakit dan pening kepala ini.

Secara amnya, berdasarkan sumber wikipedia - Sakit kepala merupakan kesakitan di bahagian kepala atau leher disebabkan oleh tekanan dan keletihan otot.

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

❤️ . Jangan abaikan, ketahui 3 punca utama masalah keguguran rambut serta 6 khasiat & manfaat jintan manis ini. Sangat-sangat bermanfaat guys ...

Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala


✔️ . Minum air putih.
Sakit kepala seringkali berlaku dan menyerang disebabkan dehidrasi. Duduk dan berehatlah sebentar, kemudian minum air putih secara perlahan. Air putih memang banyak manfaatnya. Biasakan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan anda sihat dan tentunya terhindar dari kekurangan cecair dalam tubuh badan.

✔️ . Kurangkan menghadap komputer.
Radiasi komputer juga boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Perkara tersebut biasanya berlaku pada mereka yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer. Tinggalkanlah komputer tersebut untuk seketika, lalu pergilah ke luar untuk menghirup udara segar. Usahakan setiap 1 jam sekali melihat pemandangan luar atau melihat sesuatu yang hijau agar mata tidak terlalu letih dan tekanan berkurangan.

✔️ . Bertenang untuk seketika.
Rehatkan diri dan minda anda untuk seketika, pejamkan mata dan tariklah nafas perlahan-lahan kemudian hembuskannya. Lakukan beberapa kali kerana kaedah ini mampu untuk meredakan ketegangan dan tekanan otot muka dan kepala.

✔️ . Minum secawan air teh.
Minumlah secawan air teh, tidak kisahlah teh boh, lipton atau sabah sekalipun asalkan ianya teh dan bukannya teh tarik. Campurkan sedikit hirisan lemon atau limau nipis ke dalamnya dan minumlah perlahan-lahan ketika ia masih lagi panas. Hal ini akan memberi ketenangan kepada tenaga batin dan mengelakkan kita dari mengalami sakit pening kepala.

✔️ . Lembabkan bahagian kepala.
Ambillah tuala kecil dan rendamkan ke dalam air panas kemudian letakkan diatas kepala dan tekap-tekapkan tuala tersebut di sekita wajah. Cara ini akan melembabkan dan meregangkan otot serta mengurangkan tekanan pada bahagian kawasan kepala.

Itulah beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi kesakitan pada kepala. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.. - Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top