Sunday, 8 November 2015

6 khasiat & manfaat jintan manis

6 khasiat & manfaat jintan manis - Jintan manis merupakan sejenis rempah. Nama saintifik jintan manis adalah Pimpinella anisum. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui akan kelebihan, khasiat dan manfaat jintan manis ini. Biarpun ia kelihatan kecil dan tidak menarik namun khasiat di dalamnya sangat bermanfaat untuk tubuh badan manusia.

6 khasiat & manfaat jintan manis

6 khasiat & manfaat jintan manis

  • Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
  • Merawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh otot
  • Mengawal tahap kolesterol
  • Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
  • Mengawal selera makan
  • Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido
Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid :
Jintan manis boleh mengatasi masalah kembung perut dan berfungsi seperti minuman 'ENO'. Selain itu ia dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi lebih kempis dan cantik serta langsing.

Merawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh otot :
Jintan manis mengandungi ‘anethole’ di mana membantu merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot. Anethole juga dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.

Mengawal tahap kolesterol :
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu :
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen.

Mengawal selera makan :
Jintan manis dapat menyekat selera makan korang. Mana yang rasa suka mengunyah boleh la cuba amalkan makan jintan manis untuks sekat selera makan korang.

Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido :
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi dan berkesan.

Baca juga :
- 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka
- Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik
- Drama Kau Aku Kita (TV3) 2015

Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, jintan manis dipercayai memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan air susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Selain itu juga, jintan manis dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk. Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu. - 6 khasiat & manfaat jintan manis
Show comments
Hide comments

0 comments:

Post a Comment


Top