Monday, 13 June 2016

Kisah tauladan seorang petani menemui mata air ajaib


Kisah tauladan seorang petani menemui mata air ajaib - Himpunan kisah tauladan cerita nasihat para nabi sunnah islam.

Kisah ini bermula di sebuah kampung yang terpencil namun keadaannya aman dan damai serta meriah. Boleh didengari hiruk pikuk, bebelan, siulan dan gelak tawa penduduk kampung setempat. Dipendekkan cerita, dipinggir kampung terdapat sebuah rumah yang didiami oleh seorang petani tua.

Petani tua ini menyara hidupnya dengan mengusahakan kebun dan ladang padi miliknya. Sebahagian dari hasilnya disimpan untuk keperluan dirinya dan sebahagian yang lainnya akan dijual di pekan pada hujung minggu. Hendak dikatakan hidupnya susah, tidaklah sesusah mana dan hendak dikatakan hidupnya senang lenang jauh sekali.

Kisah tauladan seorang petani menemui mata air ajaib

Suatu hari, ketika si petani tua sedang mengusahakan ladangnya, dia telah terjumpa dengan mata air ajaib yang boleh mengeluarkan kepingan emas dan dinar dengan banyaknya. Si petani tua ini merasa sangat terkejut dan terpesona melihat kepingan emas dan dinar yang jatuh bercucuran dengan banyaknya itu. Penemuannya itu boleh menjadikannya seorang yang kaya raya dan hidup mewah.

Tanpa berlengah lagi, si petani tua bergegas mengambil beberapa baldi untuk menampung pancuran kepingan emas dan dinar kekayaan tersebut. Setelah semuanya penuh, di bawanya ke pondok kecilnyanya untuk disimpan disana. Pancuran kekayaan tersebut terus mengalir sementara si petani terus mengisi semua karungnya, seluruh tempayannya, bahkan mengisi penuh seluruh stor simpanan barang dan rumahnya.

Baca juga :
- Kisah tauladan seekor helang dan ayam
- Tips & petua cara rajin bangun pagi
- Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik

Namun, si petani tua tadi masih merasakan rezeki kekayaannya itu belum mencukupi. Beliau pun terus menggali sebuah lubang besar berdekatan mata air ajaib yang ditemuinya itu untuk menempatkan kepingan-kepingan emas dan dinar tersebut.

Beliau terus menerus menggali dan dalam pada masa yang sama kepingan emas dan dinar tersebut terus menerus memenuhi lubang yang digali si petani tua itu. Akhirnya, akibat ketamakan dan sifat tidak tahu bersyukur si petani tua itu, beliau pun mati tertimbus oleh kepingan-kepingan emas dan dinar yang tanpa henti mencurahkan emas dan dinar dengan banyaknya.

Petani menemui mata air ajaib


Perkataan yang paling sukar diucapkan oleh manusia kemungkinan adalah perkataan “cukup”. Bilakah kita boleh berkata cukup? Hampir semua pegawai kerajaan dan swasta merasakan gajinya belum boleh dikatakan sepadan dengan kerja kerasnya.

Para peniaga hampir selalu merasakan keuntungan perniagaanya masih di bawah target capaian.

Isteri mengeluh suaminya kurang beri perhatian padanya. Suami berpendapat isterinya kurang mengerti kehendaknya. Anak-anak menganggap orang tuanya kurang murah hati dan berkira.

Imbas kembali : Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Semua merasa kurang dan kurang. Bilakah kita boleh berkata cukup?

Cukup adalah satu perkataan yang umum dan mempunyai maksud yang mendalam. Ia bukanlah mengenai berapa jumlah banyaknya tapi ianya berkaitan persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang boleh bersyukur tanpa rasa takut dan menyesal.

Mengucapkan perkataan cukup bukan bererti kita berhenti berusaha dan berkerja. “Cukup” tidak boleh diertikan sebagai keadaan berpuas hati.

Mengucapkan perkataan cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan.

Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar dan alpa mengatakan cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang bahagia, aman, damai dan sejahtera.

Kisah tauladan dan cerita nasihat ini bersumberkan Himpunan Kisah Dan Cerita Tauladan Berunsur Nasihat
Show comments
Hide comments

0 comments:

Post a Comment


Top