Wednesday, 11 November 2015

5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui - Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di dalam sesebuah negara. Disebabkan itulah kita harus mengenal pasti dan ambil peduli simptom-simptom serangan penyakit jantung ini agar kita dapat bertindak dengan cepat dan munasabah sekiranya penyakit ini menyerang kita ataupun ahli keluarga terdekat kita serta rakan-rakan kita.

5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui

Apa itu penyakit jantung


Menurut wikipedia , Penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular ialah sejenis penyakit yang berkait rapat dengan sistem peredaran jantung dan pembuluh darah.

Sakit jantung yang biasa dihidapi adalah :
  • Penyakit jantung koronari (coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan ateromatus dalam dinding ateri yang membekalkan miokardium.
  • Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), penyakit yang berciri-cirikan tekanan darah tinggi kepada jantung.
  • Kegagalan jantung (heart failure), penyakit yang membabitkan jantung gagal mengekalkan aliran darah.
  • Kor pulmonale (pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.
  • Penyakit serebrovaskular, penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak.

5 tanda serangan penyakit jantung


1. Sakit dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri.

Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak merasa lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti harian mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

2. Sesak nafas
Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti harian. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.

Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan. Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi (cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

3. Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda berwarna putih pucat hasil tekanan tersebut.

4. Mudah berpeluh
Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

5. Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar-debar dan setengah pesakit tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.

Baca juga :
- 3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk
- 6 khasiat & manfaat jintan manis
- Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Berdasarkan apa yang telah disenaraikan diatas, jelas menunjukkan bahawa simptom dan petanda serangan jantung ini kelihatan remeh dan dilihat sebagai penyakit biasa dan penyakit golongan berusia. Akan tetapi, ada satu pepatah lama yang berbunyi 'malang itu tidak berbau', oleh itu bersiap sedia dan berwaspadalah kerana siapa tahu takdir kita terkena serangan penyakit ini.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sediakan payung sebelum hujan. Semoga bermanfaat..

Search terms :
- gejala penyakit jantung
- penyakit jantung gejala awal
- tanda petanda serangan jantung
- simptom serangan sakit jantung
- kaedah rawatan penyakit jantung
- cara mencegah serangan penyakit sakit jantung
Show comments
Hide comments

2 comments

  1. Memang klu dah ada tanda2 tu elok pergi consult doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... lbh elok mencegah dari merawat kn :)

      Delete


Top