Selasa, 5 Julai 2016

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar - Bagi golongan wanita di luar sana sudah pasti ingin kelihatan cantik berseri, menawan dan anggun di pagi raya. Masih belum terlambat lagi sebenarnya untuk merawat kulit wajah anda sebelum raya.

Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar

Cantik menawan & kekal anggun di pagi raya

Tak perlu nak habiskan duit beli produk kecantikan ataupun pergi ke spa untuk membuat rawatan kerana anda boleh menggunakan khasiat dari sebiji telur untuk menghapus dan menyelesaikan masalah kulit kusam tidak berseri. Inilah rahsia yang ingin dikongsikan bersama kali ini.

Menghilangkan Blackhead & Whitehead
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatan wajah di spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa ada kalanya menyakitkan.

Cuba petua mudah ini, caranya amat mudah dan berkesan. Rendam kapas muka dalam putih telur. Lekatkan pada wajah yang bermasalah seperti hidung dan dagu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik kapas muka ini secara perlahan-lahan. Anda dapat lihat kotoran blackhead & whitehead melekat pada kapas tersebut.

Menghaluskan Kulit Mudah
Bagi anda yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mencuci muka dengan putih telur. Sapu putih telur di seluruh kawasan muka secara rata, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian, basuh muka dengan bersih menggunakan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah anda akan kelihatan halus dan tegang dari biasa.

Jadikan pedoman : kisah tauladan seekor helang & ayam

Mencerahkan Kulit Semulajadi
Kulit muka yang gelap dan tona kulit tidak sekata membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah risau dan sedih, ada cara untuk mengatasi masalah ini.

Campurkan yogurt asli dengan putih telur. Gaul sehingga sebati, kemudian sapu pada seluruh wajah dan leher. Amalkan dua kali seminggu, kulit akan beransur cerah dan berseri secara semula jadi.

Mengatasi Masalah Kulit Berminyak
Cara yang paling berkesan untuk membuang lebihan minyak pada wajah adalah dengan menggunakan putih telur. Campurkan putih telur bersama sedikit perahan lemon dan sapu pada seluruh kawasan muka. Kombinasi bahan alami ini juga dikatakan dapat membantu mengecilkan liang pori-pori wajah.

Menghilangkan Jerawat
Anda berjerawat ? Usah bimbang, gunakan putih telur untuk menghilangkannya. Sapukan putih telur di seluruh kawasan muka anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Petua nenek moyang : tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi

Lakukan sekerap mungkin sehingga jerawat mulai hilang. Perubahan positif dapat dilihat seawal empat hari. Jerawat semakin kecut dan hilang tanpa meninggalkan parut pada wajah.

Melembapkan Kulit
Kulit yang kerap terdedah kepada cahaya matahari mudah menjadi kering dan terjadinya 'sunburn'. Bagi mengatasi masalah ini, campurkan putih telur bersama buah avokado yang telah dicincang halus. Gaul sebati dan jadikan masker. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Kulit anda akan kembali lembap dan masalah sunburn akan berkurangan.

Ketahui : tutorial spoiler multitab widget blogspot simple

Menghapus Lingkaran Gelap Bawah Mata
Lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai mata panda sering menghantui wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak cukup tidur dan tekanan.

Kombinasi putih telur dan timun dikatakan dapat mengatasi masalah mata panda ini. Caranya, sapu putih telur pada bawah mata, kemudian lekapkan hirisan timun. Biar selama 15 minit. Kemudian bilas sehingga bersih menggunakan air suam.

Cantik menawan, Anggun berseri bersama Rahsia cantik menawan kekal anggun di pagi raya terbongkar.
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top