Wednesday, 29 June 2016

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut - Tiga belas kes disahkan difteria dengan lima kematian dilaporkan berlaku dalam negara sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut rekod Melaka mempunyai tiga kes dengan satu kematian manakala Kedah enam kes dengan satu kematian dan Sabah empat kes dengan tiga kematian.

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut

Trending : 3 punca utama masalah keguguran rambut

Wabak Penyakit Difteria

Difteria adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung. Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes) dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative.

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan. - Difteria | Wikipedia

Sebanyak dua kes terbaru disahkan berlaku di Sabah, membabitkan seorang kanak-kanak warganegara berumur tiga tahun yang tiada sejarah menerima imunisasi difteria. Pesakit disahkan mengalami difteria pada 23 Jun dan meninggal dunia kelmarin, manakala kes kedua pula adalah kanak-kanak bukan warganegara berumur lima tahun.

Viral : teknik mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Anggota kesihatan di semua negeri sudah sedia maklum kejadian wabak difteria ini dan meningkatkan aktiviti pengawasan masing-masing. Perkhidmatan imunisasi di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta juga dilaporkan mendapat sambutan yang memberansangkan.

Info lanjut : 13 kes, lima kematian - Difteria | Wabak Difteria - 13 kes 5 maut
Show comments
Hide comments

2 comments

  1. http://pustaka.pandani.web.id/2016/03/dapatkan-domain-id-gratis-promo-tahun.html

    ReplyDelete


Top