Jumaat, 6 November 2015

Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik

Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik - Bersalin adalah satu proses yang sukar dan menyakitkan. Ia bermula dari sebelum bersalin hinggalah selepas bersalin. Proses yang dilalui para ibu ini begitu hebat dan menyakitkan. Bahkan ada diantaranya yang terselamat dan juga sebaliknya.

Kesemua dugaan dan cabaran hebat ini dilalui oleh para ibu untuk melahirkan zuriat ke muka bumi ini. Namun, zuriat yang lahir itu ada yang selamat dan juga sebaliknya. Oleh itu sebagai seorang anak, anda haruslah menghargai susah payah ibu masing-masing untuk melahirkan anda kedunia ini.

Bersalin memang diakui satu proses yang sukar begitu juga halnya dalam menjaga luka jahitan selepas bersalin. Hal ini amat penting agar luka jahitan selepas bersalin segera sembuh dan tidak kembali berdarah dan meragut nyawa. Ikuti Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik ini.

Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik

Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik


Mandi Air Suam : Sepanjang tempoh berpantang, seeloknya gunakan air suam untuk mandi dan mencuci kawasan luka jahitan. Selepas itu, jangan lupa untuk tekap-tekap bahagian luka dengan tuala bersih supaya kawasan tersebut kering.

Pengudaraan Bahagian Luka : Ambil masa 3-5 minit untuk mendedahkan luka kepada udara persekitaran. Lakukan satu atau dua kali sehari agar luka tersebut cepat sembuh.

Guna Pelampung Budak : Jika luka jahitan bersalin merasa sakit, gunakan pelampung kanak-kanak. Letakkan pelampung pada kerusi tempat duduk. Tuala tebal atau selimut yang tebal juga boleh digunakan dan bentukkannya seperti donut (bulat). Kesakitan dapat diatasi.

Tuala Wanita Yang Sejuk : Pastikan tuala wanita bersih. Ambil sedikit ais dan masukkan dalam bekas kontena atau plastik dan letakkan tuala wanita diatasnya sebelum digunakan. Fungsinya supaya memberikan kelegaan dan mengurangkan kesakitan.

Berjalan : Elakkan dari asyik duduk. Berjalan perlahan-lahan di dalam rumah. Pergerakan seperti berjalan juga sangat baik supaya luka cepat sembuh.

Makanan Penyembuh Luka : Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Amalkan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Kekurangan nutrisi dan air juga menyebabkan luka lambat sembuh.

Baca juga :
- 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka
- Tips & petua cara rajin bangun pagi
- Tutorial spoiler multitab widget blogspot simple

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua - Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top