Ahad, 7 Januari 2018

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi - Stress adalah keadaan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan situasi ini adalah perkara biasa namun hakikatnya gejala serangan stress ini bukanlah sesuatu yang kita boleh pandang mudah dan ambil ringan.

Bak kata pepatah melayu lama, 'gula sentiasa manis, penyakit tetap sakit'.

Bagaimana tubuh kita menghadapi stress & Cara mengatasi

Bagaimana tubuh kita menghadapi Stress


Seringkali kita mendengar tentang bagaimana cara menangani stress supaya ia tidak membarah dalam diri dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit seperti depression, tekanan darah tinggi, ulser, lemah jantung , impotensi dan sebagainya.

Stress ditakrifkan sebagai respons badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca stress boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk menghadapinya.

Baca juga : Tips & petua cara rajin bangun pagi

Dua (2) kategori utama Stress - Eustress & Distress


Eustress adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seseorang seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah.

Distress pula adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain.

Dalam erti kata mudah,
Eustress = kesan positive
Distress = kesan Negative

Tiga (3) tahap utama Stress


Tahap Pertama - ‘ Alarm Phase ’
Apabila berhadapan dengan stressor, bahagian serebral korteks akan meransang hipotalamus di otak. Ransangan ini menyebabkan sistem saraf simpatetik diaktifkan. Keadaan ini akan menguja kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon epinefrin atau adrenalin.

Hormon ini akan bertindak serta-merta. Akibatnya jantung akan berdegup dengan lebih cepat, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan bertambah, berlaku dilat bronkiol iaitu pembesaran anak mata untuk membantu penglihatan dan berlaku proses glikogenolisis iaitu proses pemecahan glikogen membentuk glukosa yang akan membekalkan banyak tenaga kepada mangsa.

Di samping itu, hormon akan meningkatkan fungsi otot menjadikan otot lebih kuat dan bersedia untuk bertindak. Kesan sampingan turut terhasil iaitu mulut menjadi kering dan berasa mual.

Cuba bayangkan anda dikejar anjing liar. Anda berlari sekuat hati, keletihan, panik dan mungkin pitam, tercungap-cungap, berdebar-debar dan jantung anda berdegup dengan terlalu pantas. Inilah contoh mudah reaksi badan kita terhadap stressor.

Minat artis ? - Siapakah Khai Bahar - Ketahui biodata peribadi miliknya

Tahap kedua - ‘ Resistance Phase ’
Setelah badan berhadapan dengan stressor dalam jangkamasa yang lama, berlaku perubahan dalam fisiologi badan di mana individu akan menyesuaikan diri dengan stressor . Pada fasa ini, saraf parasimpatetik yang mengatur suap balas negatif akan mengurangkan perubahan tadi dan mengawal sistem dalaman supaya kembali normal.

Secara am-nya, pada fasa ini tubuh dan minda akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Semakin banyak beban yang kita tinggalkan, semakin tenanglah tubuh dan minda kita.

Tahap ketiga - ‘ Receiver Phase ’
Pada saat badan dan minda kita berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang positif, inilah masanya kita akan melangkau ke tahap seterusnya. Kita akan mulai mengawal emosi (stressor) yang mana pada mulanya kita dikawal oleh emosi atau stressor.

Apabila kita telah berjaya mengawal emosi, tubuh badan akan menjadi tenang dan aman. Secara perlahan, tenaga dan aura positif kita dipulihkan. Suhu badan menurun, beban tekanan berkurang, senyuman dan tangisan mulai mengambil tempatnya.

Cara mengatasi masalah Stress

  • Menghirup udara segar.
  • Segera minum segelas air suam.
  • Melihat keindahan alam.
  • Meletupkan belon.
  • Meluahkan perasaan kepada orang tersayang (Ibubapa,keluarga,suami,isteri,rakan).
  • Solat serta mohonlah kekuatan dan ketenangan darinya (Bagi yang beragama Islam)

Info menarik : 5 petua rahsia rambut lebat bersinar anggun

Kesan menghidapi Stress

Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan individu menjadi lesu (fatigue) dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan baik. Dan jika stress yang datang tidak dihentikan, individu tersebut berpotensi mendapat penyakit ulser atau hipertensi.

Lebih menakutkan lagi, potensi untuk menghidapi gejala sawan dan kecelaruan fikiran adalah sangat tinggi. Oleh demikian, adalah penting untuk kita segera mengangani stress yang melanda bagi mengelakkan kemudaratan pada diri dan orang di sekeliling kita.

Info lanjut boleh kunjungi website ini webmd | kesan stress terhadap tubuh badan
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top