Sunday, 1 November 2015

Tips & petua cara rajin bangun pagi

Tips & petua cara rajin bangun pagi - Suatu ungkapan dan kata-kata yang umum dan mempunyai banyak persoalan dan penyelesaian yang mudah akan tetapi sukar untuk dilaksanakan. Antara contoh persoalan yang sering timbul adalah 'kenapa susah hendak bangun di waktu pagi' dan 'kenapa harus bangun di awal pagi'.

Seperti yang kita sedia maklum, permasalahan ini telah timbul sejak dulu lagi dan antara jawapan yang pasti ialah sifat 'malas'. Malas adalah musuh utama manusia dan malas juga telah menimbulkan banyak masalah.

8 tips-petua-cara rajin bangun waktu pagi 

  1. Berhenti menekan tombol 'snooze' alarm di handset.
  2. Membuat senaman muka. 
  3. Menyerap sinar cahaya matahari.
  4. Melihat bunga mawar.
  5. Melihat sesuatu yang berwarna.
  6. Gambarkan apa yang akan dilakukan hari tersebut.
  7. Melakukan senaman badan.
  8. Minum air masak.
Tips & petua cara rajin bangun pagi

Berhenti menekan tombol 'snooze' alarm di handset. - Jodi Mindell, PhD dari The Sleep Disorders Center at the Children's Hospital of Philadelphia pernah berkata , jika anda ingin menggunakan alarm untuk bangun dari tidur maka set alarm di waktu anda benar-benar pasti bahawa anda akan bangun. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat untuk membiasakan tubuh badan anda.

Jika terlalu lewat anda akan lambat serta terkejar-kejar masa dan jika terlalu awal anda akan menggunakan tombol 'snooze' dan tidur semula. Lama-kelamaan tubuh badan anda akan terbiasa dengan rutin harian ini dan ianya tidak bagus untuk anda.

Membuat senaman muka. - Pukul dan tepuk secara perlahan pada seluruh wajah dengan menggunakan telapak tangan. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut. Hal ini akan menyebabkan peredaran darah sekitar wajah akan menjadi lancar dan menyegarkan muka anda.

Menyerap sinar cahaya matahari. - James B. Maas, PhD, seorang profesor psikologi di Cornell University berkata , menyerap sinar cahaya matahari di waktu pagi ketika baru bangun tidur akan meningkatkan hormon serotonin dan membangkitkan mood ceria dan segar.

Berdirilah di sekitar kawasan yang terkena sinar cahaya matahari dan biarkan tubuh badan anda menyerapnya sekitar 3-5 minit.

Melihat bunga mawar. - Nancy Etcoff, PhD, anggota Harvard Medical School and the Harvard University Mind/Brain/Behavior Initiative pernah berkata , melihat dan memandang sekuntum bunga mawar ketika baru bangun di wantu pagi terutama bagi wanita akan meningkatkan mood dan semangatnya yang akan bertahan sepanjang hari.

Usahakanlah untuk sekurang-kurangnya menanam dan memelihara sekurang-kurangnya sekuntum bunga mawar di dalam bilik tidur.

Melihat sesuatu yang berwarna. - Seperti tips nombor tiga, sekiranya sukar untuk mendapatkan sinaran cahaya matahari di waktu pagi gunakanlah petua warna. Warna juga memainkan peranan untuk membangkitkan mood seseorang agar ceria dan segar.

Usahakan untuk menggunakan warna merah, orange atau kuning pada sarung bantal, selimut atau langsir supaya ketika anda bangun pagi anda akan secara semulajadinya akan melihat warna-warna ceria ini dan membangkitkan aura positif anda.

Gambarkan apa yang akan dilakukan hari tersebut. - Dana Lightman, PhD, psikolog dari Abington, PA berkata , ketika anda benar-benar sudah bangun dari tidur maka tutuplah mata anda seketika dan gambarkan apa yang akan anda lakukan pada hari tersebut.

Gunakan imaginasi untuk menggambarkan apa yang akan anda lakukan di hari tersebut dengan penuh semangan dan berfikiran positif. Cara ini akan meningkatkan kecergasan badan dan membangkitkan aura positif sehinggakan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.

Melakukan senaman badan. - Bersenam boleh mencergaskan badan dan minda. Lakukanlah senaman ringan seperti lari setempat dan meregangkan badan sekurang-kurangnya 2-3 minit.

Minum air masak. - Dengan meminum air masak boleh menurunkan berat badan. Minumlah segelas air masak selepas bangun dari tidur kerana ianya akan mengganti cecair yang hilang dalam tubuh badan. Setiap pergerakan ketika berjaga mahupun tidur akan mengurangkan cecair dalam badan dan menyebabkan metabolisma badan menjadi lemah dalam erti kata lain 'malas'.
Show comments
Hide comments

0 comments:

Post a Comment


Top