Isnin, 18 Mac 2019

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi - Gemuk air adalah istilah biasa kita dengari. Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan jenis gemuk air ini, anda bertuah kerana amat senang sekali untuk mengatasinya. Namun, pastikan kalian tahu perbezaan di antara gemuk air dan gemuk lemak. Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama untuk wujud dalam tubuh badan.

Punca masalah kegemukan & Cara mengatasi

Jadi, bila bangun daripada tidur dan berasa lebih gemuk, mungkin ia bukanlah lemak tetapi air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka, jika berat berubah dalam semalaman, tak perlu la nak risau sangat sebab ianya bukan lemak.

Punca masalah Gemuk

  • Pengambilan makanan tinggi kandungan garam.
  • Tekanan kehidupan/stress berlebihan.
  • Senaman intensiti tinggi tanpa rehat yang cukup.
  • Terlalu banyak fiber atau serat dalam pemakanan.

Baca juga : tips & petua cara rajin bangun pagi

Cara mengatasi masalah Gemuk

  • Kurangkan pengambilan minuman berkarbohidrat.
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Ambil makanan produk diuretik untuk tingkatkan pembuangan urine.
  • Amalkan senaman ringan di waktu pagi.
  • Banyakkan pengambilan buah dan sayur-sayuran.
  • Amalkan makan pisang tiga kali sehari.

Ketahui rahsia : Petua cara menghilangkan bau badan

Kesan menghadapi masalah Gemuk

Masalah kegemukan terutama gemuk air sangat-sangat merunsingkan. Apa tidaknya, segala pergerakan yang kita lakukan akan menyebabkan kita berpeluh serta merasa dahaga. Antara masalah lain yang ketara dialami adalah bau badan meningkat disebabkan kekerapan kita berpeluh. Mudah penat serta hilang keyakinan diri.

Oleh yang demikian, usahakanlah untuk lakukan senaman ringan setiap hari waktu pagi seperti lari setempat selama lima minit. Anda akan rasai perubahannya. Disamping itu, kurangkan juga pengambilan garam dan amalkan pemakanan sihat seperti buah serta sayuran.

Info lanjut boleh kunjungi website ini remaja | ketahui-punca-gemuk-air-atasinya-dengan-8-cara-ini

Show comments
Hide comments

4 ulasan

  1. Balasan
    1. bagus sis, bukan setakat BMI normal. hidup pun sihat.

      benda nie kadang2 ada juga efek dekat kita terutama emosi. stamina kurang, aura negatif banyak dari positif, dll...

      Padam
  2. perkongsian yang bermanfaat.. btw sy masih x dpt bezakan gemuk lemak dan gemuk air hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis..

      gemuk lemak dgn gemuk air beza dia senang je nak tahu iaitu 'senaman/bersenam' di awal pagi dan 'berat badan'.

      sebab apa? ni sis nak bagitau ni hah, sebab gemuk air senang nak turun berat badan berbanding gemuk lemak.

      Seminggu jogging waktu pagi, konferm turun 1-3kg berat kalau gemuk air la, gemuk lemak tu payah sikit. Nama pun lemak kan, liat sikit.. huhu ...

      Padam


Top