Rabu, 29 Jun 2016

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar - Beberapa hari lagi dah nak raya. Pasti kaum ibu diluar sana sibuk untuk mempersiapkan sambutan raya kali ini. Ada yang membuat kuih raya, mendekorasi halaman ruang tamu dan sebagainya.

Namun yang pasti, aktiviti wajib yang dilakukan adalah membersihkan rumah. Kita bukan bercerita mengenai lantai yang menggunakan 'tiles' , 'mosaic' dan lain-lain kerana lantai jenis ini lap-lap saja dah kilat, akan tetapi jika menggunakan lantai kayu vinyl ?

Inilah dia teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl yang pasti memberikan kesan yang memberangsangkan.

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl

Bahan/peralatan yang digunakan :
  • 1 cawan Cuka putih
  • 5 titik Minyak bayi (johnson baby)
  • 1 galon air suam
  • 1 baldi besar /besen
  • 1 batang mop set lengkap/ sehelai kain mikrofiber
Viral dikalangan wanita : tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Cara-caranya adalah seperti berikut :
1) Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut di dalam baldi besar yang telah disediakan.
2) Celupkan mop/ kain mikrofiber ke dalam campuran itu. Dan perahkan untuk mendapat tekstur mop/kain mikrofiber yang tidak terlalu basah
3) Mop/lap keseluruhan lantai kayu vinyl sehingga anda berpuas hati
4) Bilas lantai sebersih-bersihnya dengan menggunakan air suam. Biarkan kering.

Terkini : Fenomena awan ombak besar melanda negeri sabah

Sedikit penerangan berserta tips :
1) Kandungan asid yang terkandung di dalam cuka putih akan melonggarkan zarah-zarah kotoran. Ini menyebabkan kotoran tersebut dapat ditanggalkan dengan mudah.
2) Kotoran ini yang menyebabkan permukaan lantai kayu vinyl kelihatan kusam dan tidak menarik. Penggunaan minyak bayi pula ia bertindak sebagai polish yang semulajadi.
  • #Sekiranya kotoran lantai begitu ketara, anda bolehlah mencampurkan sedikit dengan pencuci lantai yang bersifat lembut.
  • #Anda boleh menambah essential oil untuk memberikan aroma yang harum pada ruang kediaman setelah dibersihkan/dimop.

Info lengkap derserta gambar boleh dilihat di sini : Impiana | Lantai kayu vinyl berkilat dalam satu cara dan sini : Teknik mudah mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar.

Selasa, 28 Jun 2016

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi - Sedu adalah keadaan biasa yang akan dirasai dan dialami tanpa mengira usia sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi sesetengah orang, mereka merasakan situasi ini melucukan namun hakikatnya kesakitan dan keperitan akibat sedu ini hanya dirasai dan difahami oleh mereka yang mengalaminya sendiri.

Bak kata pepatah melayu lama, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'.

Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Punca terjadinya Sedu

  • Pengambilan minuman bergas secara berlebihan.
  • Ketawa terlalu banyak.
  • Menelan terlalu banyak udara.
  • Makan secara gelojoh (lahap).
  • Berasa bimbang atau teruja.
  • Mengambil alkohol berlebihan.

Baca juga : Tips kesihatan menggunakan limau nipis

Cara mengatasi masalah Sedu

  • Tahan nafas selama beberapa saat secara tenang dan hembus perlahan-lahan.
  • Segera minum segelas air suam atau makan sesudu teh gula atau madu.
  • Bernafas dalam plastik udara.
  • Tenangkan jiwa dan minda.
  • Urut dada perlahan-lahan.

Info menarik : Tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Kesan menghidapi Sedu

Jika sedu dihadapi terlalu lama, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan kerana dibimbangi terkena sedu yang dipanggil Chronic Hiccup. Antara gejala sedu berterusan ini kemungkinan dikaitkan dengan penyakit saraf yang diwarisi, kecederaan pada saraf , toksik, dan penyakit metabolik yang merosakkan saraf.

Selain itu, kandungan paras gula yang tinggi dalam darah, gelak berterusan atau selepas mengambil minuman bergas, alkohol, roti kering dan makanan pedas, paru-paru berair dan kesan sampingan ubat juga boleh menyebabkan terjadinya sedu.

Info lanjut boleh kunjungi website ini majalahsains | mengapa-manusia-tersedu

Ahad, 26 Jun 2016

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT - Segmen anjuran blogger Rrai. 7 blog pemenang bertuah akan mendapat review percuma. Percuma ok kalau menang, kalau tak menang tapi nak review juga kena langgan servis review blog RM30 di blog Rrai iaitu bajuwarnacoklat.com

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

Klik sini untuk join : SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

Syarat penyertaan :
1. Follow blog: http://www.bajuwarnacoklat.com/
2. Follow Instagram: https://www.instagram.com/nurraihanahhh/ dan https://www.instagram.com/beautybyrrai/
3. Buat satu entry bertajuk: SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT
4. Dalam entry tersebut, letakkan banner di atas dan WAJIB backlink ke entry ini.
5. Siap? Publish entry anda dan tinggalkan url penyertaan di ruangan komen di bawah.

TAMAT : 3 JULAI 2016

Pencarian Bloglist Bulan Julai

Pencarian Bloglist Bulan Julai - Segmen anjuran blogger Aina kali kedua. Syarat yang dikemukakan cukup mudah dan senang, rugi kalau tak join!

Pencarian Bloglist Bulan Julai

Klik sini untuk join : Pencarian Bloglist Bulan Julai

Segmen Mula : 24-06-2016
Segmen Tamat : 30-06-2016

Pemenang :
*10 PESERTA YANG BERTUAH AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BLOGLIST AINA SELAMA SEBULAN
*PEMENANG AKAN DIPILIH MENGGUNAKAN RANDOM.ORG

Top