Rabu, 11 November 2015

3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk

3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk - Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, kita pasti bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita kerana nafas kita berbau busuk. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi.

3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk

3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk

  • Membersih Dan Memberus Gigi
  • Membersihkan Lidah
  • Meminum Banyak Air

Membersih Dan Memberus Gigi
Menjaga kebersihan mulut sangat penting terutama gigi. Beruslah gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.

Menjaga dan memberus gigi atau bersiwak harus sentiasa diamalkan sebaik habis makan, sebelum tidur dan bangun tidur atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup.

Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan gigi berlubang, rosak dan kuning serta mencegah dari mulut berbau.

Membersihkan Lidah
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi. Kita bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.

Ingatlah bahawa bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Banyak bakteria bersembunyi pada rekahan lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Lidah kita mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.

Paling tidak pun, berkumur-kumurlah menggunakan air garam ataupun pembersih mulut yang terdapat di pasaran.

Meminum Banyak Air
Minum lebih banyak air dapat membantu menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh (semua jenis teh seperti teh sabah, boh, lipton.. kecuali teh tarik!), ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria.

Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk didiami oleh bakteria ‘anaerob’. Selain itu, ia juga dapat membersihkan sistem dalaman badan dan mengekalkan jumlah cecair dalam tubuh badan.

Baca juga :
- 6 khasiat & manfaat jintan manis
- 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka
- Tips & petua cara agar luka jahitan bersalin cepat baik

Bak kata pepatah lama, belum cuba belum tahu - 3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top