Ahad, 1 November 2015

Tips & petua cara rajin bangun pagi

Tips & petua cara rajin bangun pagi - Suatu ungkapan dan kata-kata yang umum dan mempunyai banyak persoalan dan penyelesaian yang mudah akan tetapi sukar untuk dilaksanakan. Antara contoh persoalan yang sering timbul adalah 'kenapa susah hendak bangun di waktu pagi' dan 'kenapa harus bangun di awal pagi'.

Seperti yang kita sedia maklum, permasalahan ini telah timbul sejak dulu lagi dan antara jawapan yang pasti ialah sifat 'malas'. Malas adalah musuh utama manusia dan malas juga telah menimbulkan banyak masalah.

Tips & petua cara rajin bangun pagi

8 tips-petua-cara rajin bangun waktu pagi

  • Berhenti menekan tombol 'snooze' alarm di handset.
  • Membuat senaman muka. 
  • Menyerap sinar cahaya matahari.
  • Melihat bunga mawar.
  • Melihat sesuatu yang berwarna.
  • Gambarkan apa yang akan dilakukan hari tersebut.
  • Melakukan senaman badan.
  • Minum air masak.

Mungking korang tak tahu, cara solat sunat dhuha doa dalam rumi serta kelebihannya. Jangan abaikan ye ...

❤️ . Berhenti menekan tombol 'snooze' alarm di handset. - Jodi Mindell, PhD dari The Sleep Disorders Center at the Children's Hospital of Philadelphia pernah berkata , jika anda ingin menggunakan alarm untuk bangun dari tidur maka set alarm di waktu anda benar-benar pasti bahawa anda akan bangun. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat untuk membiasakan tubuh badan anda.

Jika terlalu lewat anda akan lambat serta terkejar-kejar masa dan jika terlalu awal anda akan menggunakan tombol 'snooze' dan tidur semula. Lama-kelamaan tubuh badan anda akan terbiasa dengan rutin harian ini dan ianya tidak bagus untuk anda.

❤️ . Membuat senaman muka. - Pukul dan tepuk secara perlahan pada seluruh wajah dengan menggunakan telapak tangan. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut. Hal ini akan menyebabkan peredaran darah sekitar wajah akan menjadi lancar dan menyegarkan muka anda.

❤️ . Menyerap sinar cahaya matahari. - James B. Maas, PhD, seorang profesor psikologi di Cornell University berkata , menyerap sinar cahaya matahari di waktu pagi ketika baru bangun tidur akan meningkatkan hormon serotonin dan membangkitkan mood ceria dan segar.

Berdirilah di sekitar kawasan yang terkena sinar cahaya matahari dan biarkan tubuh badan anda menyerapnya sekitar 3-5 minit.

❤️ . Melihat bunga mawar. - Nancy Etcoff, PhD, anggota Harvard Medical School and the Harvard University Mind/Brain/Behavior Initiative pernah berkata , melihat dan memandang sekuntum bunga mawar ketika baru bangun di wantu pagi terutama bagi wanita akan meningkatkan mood dan semangatnya yang akan bertahan sepanjang hari.

Usahakanlah untuk sekurang-kurangnya menanam dan memelihara sekurang-kurangnya sekuntum bunga mawar di dalam bilik tidur.

❤️ . Melihat sesuatu yang berwarna. - Seperti tips nombor tiga, sekiranya sukar untuk mendapatkan sinaran cahaya matahari di waktu pagi gunakanlah petua warna. Warna juga memainkan peranan untuk membangkitkan mood seseorang agar ceria dan segar.

Usahakan untuk menggunakan warna merah, orange atau kuning pada sarung bantal, selimut atau langsir supaya ketika anda bangun pagi anda akan secara semulajadinya akan melihat warna-warna ceria ini dan membangkitkan aura positif anda.

❤️ . Gambarkan apa yang akan dilakukan hari tersebut. - Dana Lightman, PhD, psikolog dari Abington, PA berkata , ketika anda benar-benar sudah bangun dari tidur maka tutuplah mata anda seketika dan gambarkan apa yang akan anda lakukan pada hari tersebut.

Gunakan imaginasi untuk menggambarkan apa yang akan anda lakukan di hari tersebut dengan penuh semangan dan berfikiran positif. Cara ini akan meningkatkan kecergasan badan dan membangkitkan aura positif sehinggakan anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya.

❤️ . Melakukan senaman badan. - Bersenam boleh mencergaskan badan dan minda. Lakukanlah senaman ringan seperti lari setempat dan meregangkan badan sekurang-kurangnya 2-3 minit. - Bahaya & kesan buruk penggunaan gadget kepada tumbesaran anak

❤️ . Minum air masak. - Dengan meminum air masak boleh menurunkan berat badan. Minumlah segelas air masak selepas bangun dari tidur kerana ianya akan mengganti cecair yang hilang dalam tubuh badan. Setiap pergerakan ketika berjaga mahupun tidur akan mengurangkan cecair dalam badan dan menyebabkan metabolisma badan menjadi lemah dalam erti kata lain 'malas'.

Kesimpulan cara rajin bangun pagi


Akhir sekali, hal ini berbalik kepada sikap serta perwatakan individu itu sendiri. Kena ada kesedaran dan keinginan untuk berubah, jika tidak segala tips mahupun petua akan jadi tidak berguna.

Lebih mengerikan, ianya akan menyebabkan stress kerana asyik terkejar-kejar akibat dah lambat. Bagaimana cara mengatasi stress ? Jika dibiarkan boleh mendatangkan kemurungan ye ...

Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Kisah tauladan seekor helang dan ayam - Mengisahkan mengenai seekor helang dan seekor ayam yang tinggal bersama. Suatu peristiwa yang sangat dahsyat telah terjadi semasa kelahiran sang helang ini.

Kisah ini bermula di sebuah perkampungan di kawasan pedalaman, sebuah gunung yang gagah, tinggi dan curam berdiri tegak seumpama raja. Di satu sudut gunung tersebut, terdapat sarang burung helang yang baru bertelur.

Kisah tauladan seekor helang dan ayam

Di dalam sarang tersebut terdapat empat biji telur burung helang yang menunggu masa untuk menetas. Suatu hari, ianya tidaklah seperti hari-hari yang biasa. Hari tersebut telah berlakunya gempa bumi yang kuat hingga menggegarkan gunung yang gah umpama raja itu.

Ekoran dari kejadian tersebut, sarang burung helang yang ada di situ telah terjatuh ke bawah gunung memasuki kawasan perkampungan di situ. Sarang tersebut telah terjatuh ke dalam reban ayam milik salah seorang penghuni kampung disitu.

Ayam-ayam yang ada di dalam reban itu telah tersalah anggap dan menyangka bahawa telur yang ada disitu adalah telur ayam dan bukannya telur burung helang. Malangnya, hanya sebiji telur sahaja yang berjaya terselamat ekoran kejadian gempa bumi yang hebat dan dahsyat itu.

Telur tersebut dijaga dengan rapi dan penuh kasih sayang. Beberapa hari kemudiannya, telur itu pun menetas dan lahirlah sang helang ke dunia baru. Sang helang dididik dengan baik oleh si ayam. Sang helang sangat seronok dan bahagia berada bersama si ayam yang dianggapnya sebagai keluarganya sendiri itu.

Hari demi hari berlalu, bulan silih berganti, tahun bertukar tahun... Sang helang merasakan dirinya kekurangan sesuatu. Sang helang seolah-olah terasa terpinggir dan merasa dirinya bukanlah seekor ayam.

Suatu hari, sang helang melihat dan merenung jauh ke dasar langit, tiba-tiba dia melihat sekelompok burung helang yang terbang bebas di langit. Sejak hari itu, sang helang menyimpan impian untuk terbang tinggi di langit sepertimana burung-burung helang yang lain.

Satu hari, aku pasti akan terbang bebas seperti burung helang..! , teriak sang helang.

Si ayam terkejut mendengar teriakan sang helang lalu mentertawakannya sambil berkata :

Kau adalah seekor ayam dan ayam tidak akan boleh terbang tinggi..! , kata si ayam.

Kecewa dengan ejekan si ayam, sang helang mendiamkan diri dan menangis. Hari demi hari berlalu, bulan silih berganti dan tahun bertukar tahun. Sang helang mula menerima kenyataan yang dia bukanlah seekor burung helang tetapi seekor ayam.

Sang helang kini hidup seperti si ayam dan menjalani kehidupan sebagai seekor ayam. Bertahun-tahun lamanya hingga suatu hari sang helang bertemu ajalnya. Hingga pada saat kematiaan sang helang, dia percaya bahawa dia adalah seekor ayam dan bukannya burung helang padahal hakikatnya sang helang dalah seekor burung helang dan bukannya seekor ayam.

Tauladan kisah helang dan ayam :  Sentiasa percaya pada diri sendiri dan jangan dengar cakap orang lain. Disamping kepercayaan terhadap diri sendiri itu haruslah ada sikap dan sifat logika.

Percaya diri sendiri dan berfikiran logik serta terbuka, fikirkan baik dan buruknya lalu kejarlah impian. Jangan mudah berputus asa dan jadi seperti sang helang. 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'..


Top