Khamis, 12 November 2015

Panduan convert gambar kepada text ASCII

Panduan convert gambar kepada text ASCII - Bagi mereka yang suka mengambil gambar tidak kira menggunakan telefon mudah alih [handphone / handset] mahupun kamera, artikel ini mungkin akan menarik minat anda. Pengetahuan pengambilan gambar ini sudah berleluasa masa kini dan menurut statistik 8 dari 10 orang tahu cara mengambil gambar.

Tambahan pula, banyak aplikasi-aplikasi dan software yang boleh didapati dengan mudah untuk mengedit gambar seperti photoshop, cymera, dan sebagainya. Gambar yang telah ditangkap / diambil boleh diedit mengikut selera masing-masing seperti menambah icon-icon comel, mengubahnya dari gambar yang biasa kepada gambar lakaran menggunakan pensil ataupun pastel dan sebagainya.

Namun, mungkin ada yang tidak mengetahui bahawa gambar-gambar ini juga boleh diubah atau diconvert kepada text. Ini merupakan satu cara pengeditan yang memberikan impak unik dan menarik kepada gambar tersebut.

Menurut wikipedia, text ASCII adalah satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet. Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standards Institute (ANSI).

Dalam fail yang menggunakan kod ASCII, setiap askara (angka, abjad dan simbol khas) diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor perduaan yang terdiri daripada rentetan tujuh '0' atau '1'. Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan tambahan 128 aksara lanjutan.

Panduan convert gambar kepada text ASCII

Panduan convert gambar kepada text ASCII


1. Pergi ke laman web berikut : http://picascii.com/

2. Klik button BROWSE untuk mengupload gambar dari komputer anda, ubah setting saiz text dan pilih samaada hasilnya nanti berwarna ataupun hitam putih sahaja.

3. Klik button GENERATE.

Ini adalah cara convert gambar kepada text ASCII, oleh itu gambar yang telah diconvert tidak boleh disave atau disimpan.

Namun, jika anda seorang blogger maka ini adalah satu cara yang unik dan memberi kelainan kepada blog anda kerana gambar yang telah diconvert ini boleh dimasukkan kedalam html blog.

Baca juga :
- 5 tanda serangan penyakit jantung harus diketahui
- 3 petua & tips cara mengatasi nafas berbau busuk
- Tips kesihatan menggunakan limau nipis
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top