Isnin, 16 November 2015

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional - Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.

Menurut wikipedia, bibir merupakan lapisan daging lembut yang berisi pada sekitar kawasan mulut manusia.

Tips cara memerahkan bibir petua tradisional

Tips petua cara memerahkan bibir secara semulajadi


Gunakan madu : Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi untuk tubuh badan samada dari dalaman hinggalah luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan madu pada bibir hingga rata kemudian biarkan ianya meresap selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci bersih. Lakukan 3-4 kali seminggu.

Gunakan limau nipis : Limau nipis dapat mengurangkan kehitaman di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C. Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, cucilah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.

Sapu minyak zaitun : Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir. Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit kemudian cucilah dengan bersih bibir anda.

Sapukan kunyit : Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air.

Gunakan avocado : Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur selama sebulan.

Gunakan daun ketumbar : Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

Hiris timun dan letak pada bibir : Timun juga dapat memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.

Ubat Gigi : Sapukan ubat gigi ke bibir anda selama 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Baca juga :
- Tips petua cara menghilangkan bau badan semulajadi
- Tips kesihatan menggunakan limau nipis
- Tips & petua cara membina tulang yang sihat

Sekian saja dan semoga bermanfaat - Panduan kesihatan : Tips cara memerahkan bibir petua tradisional
Show comments
Hide comments

0 comments:

Catat Ulasan


Top