Showing posts with label trending. Show all posts
Showing posts with label trending. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

Tembakan maut RM13 JUTA

Tembakan maut RM13 JUTA | Motif perniagaan membabitkan wang berjumlah RM13 juta dipercayai menjadi punca ejen hartanah wanita ditembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, Kuala Lumpur, 6 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan kes selepas menahan lapan individu termasuk dua wanita yang menjadi perancang, orang tengah dan penembak, pada 19 Julai lalu.

Tembakan maut RM13 JUTA

Katanya, perancang kes berkenaan adalah sepasang suami isteri yang pernah menjalinkan hubungan perniagaan dengan mangsa.

Info menarik : 5 jenis makanan untuk kurangkan berat badan berlebihan

Siasatan mendapati suspek menyerahkan wang berjumlah RM13 juta pada tahun lalu menerusi dua traksaksi di mana kali pertama sebanyak RM5 juta dan seterusnya RM8 juta bagi perniagaan seramik tetapi mangsa enggan pulangkan semula selepas mereka dapati urusniaga berkenaan tidak dijalankan seperti diharapkan. - Tembakan maut RM13 JUTA

Suspek perancang utama mendapatkan bantuan orang tengah membabitkan sepasang suami isteri untuk mendapatkan penembak bagi menembak wanita berkenaan.

Kita turut menahan empat lelaki dipercayai menjadi perancang dan penembak bagi pembunuhan berkenaan. Polis turut merampas sepucuk pistol model Glock 19 bersama satu kelopak peluru daripada mereka yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Chemor, Perak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Viral : wabak difteria - 13 kes 5 maut

Amar turut memaklumkan, siasatan terhadap senjata api yang ditemui didapati turut digunakan dalam tiga kes yang dilaporkan di Perak.

Katanya, dengan tangkapan dan rampasan senjata api berkenaan polis berjaya menyelesaikan empat kes membabitkan mangsa tembak.

"Semua suspek berusia 26 hingga 54 tahun direman selama enam hari sehingga 25 Julai ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Hmetro

Saturday, 2 July 2016

PM Najib Razak - Suspek ditahan akibat gambar memalukan

PM Najib Razak - Suspek ditahan akibat gambar memalukan - Johor Bahru: Polis menahan seorang pengguna aplikasi WhatsApp atas nama Pa Ya, di Kampung Tunku, Petaling Jaya, tengah hari tadi kerana disyaki menghantar mesej bergambar bersifat jelik membabitkan Perdana Menteri bertujuan menghina, lucah dan menyakitkan hati rakyat Malaysia.

PM Najib Razak - Suspek ditahan akibat gambar memalukan

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, suspek lelaki berusia 76 tahun itu ditahan di rumahnya, jam 12.15 tengah hari tadi dan polis turut merampas satu telefon bimbit.

Trending : 5 tips petua cara mencantikkan kulit muka

Beliau berkata, penahanan suspek adalah susulan laporan polis yang diterima pada jam 3.35 petang semalam berhubung penghantaran mesej terbabit yang dimuatnaik dalam kumpulan WhatsApp 'Bicara Politik Melayu'.

Viral : wabak difteria - 13 kes 5 maut

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, esok untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya.

Ketahui : tips petua cara mengatasi sakit pening kepala

Pada masa sama, Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi tanpa berfikir panjang.

Difahamkan, suspek warga emas itu adalah seorang penulis. - HMetro

Wednesday, 29 June 2016

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut - Tiga belas kes disahkan difteria dengan lima kematian dilaporkan berlaku dalam negara sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut rekod Melaka mempunyai tiga kes dengan satu kematian manakala Kedah enam kes dengan satu kematian dan Sabah empat kes dengan tiga kematian.

Wabak Difteria - 13 kes 5 maut

Trending : 3 punca utama masalah keguguran rambut

Wabak Penyakit Difteria

Difteria adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung. Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes) dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative.

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan. - Difteria | Wikipedia

Sebanyak dua kes terbaru disahkan berlaku di Sabah, membabitkan seorang kanak-kanak warganegara berumur tiga tahun yang tiada sejarah menerima imunisasi difteria. Pesakit disahkan mengalami difteria pada 23 Jun dan meninggal dunia kelmarin, manakala kes kedua pula adalah kanak-kanak bukan warganegara berumur lima tahun.

Viral : teknik mengilatkan lantai kayu vinyl kini terbongkar

Anggota kesihatan di semua negeri sudah sedia maklum kejadian wabak difteria ini dan meningkatkan aktiviti pengawasan masing-masing. Perkhidmatan imunisasi di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta juga dilaporkan mendapat sambutan yang memberansangkan.

Info lanjut : 13 kes, lima kematian - Difteria | Wabak Difteria - 13 kes 5 maut

Monday, 27 June 2016

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah - Kejadian 27 JUN 2016 heboh diviralkan di media sosial mengenai ‘awan pelik’ yang berlaku di sekitar negeri Sabah. Formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat. Kejadian seumpama ini pernah berlaku beberapa kali pada tahun-tahun lepas. Fenomena ‘awan pelik’ ini dikenali sebagai ‘Shelf Cloud‘.

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah

Shelf Cloud

Untuk pengetahuan, sumber dari accuweather | what-are-shelf-cloud mengatakan :
A shelf cloud is a low, horizontal wedge-shaped cloud, associated with a thunderstorm gust front (or occasionally with a cold front, even in the absence of thunderstorms). A rising cloud motion often can be seen in the leading part of the shelf cloud, while the underside often appears turbulent, boiling, and wind-torn.

Viral kini : Tips petua cara membesarkan payudara wanita dengan cepat

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah

Penduduk Kampung Lumat, Siti Sahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat awan berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort pada jam 7.40 pagi.

"Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut.
"Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis.
Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa," katanya kepada BH.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

"Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu.
"Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat.
"Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan.
"Tidak lama selepas itu, berlaku hujan lebat kira-kira dua jam sebelum keadaan kembali seperti biasa," katanya.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp. Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai. Katanya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

BHarian website : Formasi awan ombak besar gegarkan negeri Sabah

Gambar awan pelik ombak besar - Shelf Cloud

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah 1

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah 2

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah 3

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah 4

Fenomena Shelf Cloud - Awan ombak besar melanda Sabah 5

Menarik trending : Punca terjadinya sedu & Cara mengatasi

Video fenomena awan ombak besar shelf cloud negeri sabah


*Dipetik dari BHarian..

Top